Bab 2 Cemerlang!!

Fanfiction Completed 570

Ibunya, Faridah memahami perasaan anaknya yang murung itu. Dia sentiasa memastikan anak tunggalnya itu sentiasa berada dalam keadaan baik. Farid redho dengan kekurangan dirinya dalam bola sepak, jadi dia berusaha bersungguh-sungguh dalam bidang akademik dan pelajaran sebagai medium untuk dia menonjolkan dirinya.

Alhamdulillah, Farid yang kaki bangku itu mendapat keputusan peperiksaan sekolah rendah yang sangat cemerlang. Keluarga dan gurunya amat berbangga akan Farid.

Namun, Farid berasa sedih kerana dia bakal meninggalkan Madinah. Selepas tamat pembelajaran di Madinah pada usia 12 tahun, ibunya membawa Farid pulang ke Malaysia. Dalam kesedihan terdapat kebahagiaan kerana dia dapat bertemu dengan atuk dan neneknya setelah 12 tahun tidak berjumpa. Dia menggunakan keputusan cemerlangnya untuk memasuki Sekolah Menengah Penang Free School. Dia memasuki kelas tingkatan 1. Dia mendapat ramai rakan yang peramah dan baik. Dia menjadi pelajar paling cemerlang dalam tingkatannya. Gurunya merasakan bahawa Farid akan menjadi orang yang berpengaruh suatu hari nanti.

Sebaik saja pulang dari sekolah, dia akan bermain bolasepak bersama rakan rakannya. Mereka amat ramah bersama Farid. Mereka juga membimbing Farid untuk bermain bola sepak dengan betul.

Tahun berganti tahun, kini Farid telah menjadi seorang remaja lepasan SPM. Dia ingin melanjutkan pelajaran di negara asalnya, Arab Saudi. Dia berasa sedih kerana bakal meninggalkan rakan rakannya yang baik itu.

Farid meninggalkan Malaysia pada tarikh 15 Jun 2025. Sesampainya Farid di Saudi, dia menuju ke Taiba University. Dia berasa sangat teruja. Selepas mengemas barang di kampus, Farid pergi ke padang bolasepak yang selalu digunakannya untuk bermain bola sepak bersama rakan-rakannya 7 tahun yang lampau. Sesampainya di situ, Farid melihat sebuah stadium yang besar dan canggih. Padang yang dahulunya hanyalah semata-mata rumput kini, menjadi stadium untuk kelab tersohor Saudi, Mulawwanah FC.

Farid merasakan bahawa kelab bola sepak ini merupakan langkah pertama untuk menuju impian bak langitnya. Dia bertanya kepada pengawal keselamatan "Dimanakah saya boleh berjumpa dengan pengurus kelab ini". Kemudian, pengawal itu berkata, " Pengurus, kenapa anak nak berjumpa dengan pengurus. Ada urusan ke?". "Saya ingin bersama dengan kelab ini. Saya ingin menjadi pemain bolasepak" kata Farid. Kemudian, pengawal itu menunjukkan laluan untuk ke pejabat pengurus. Farid mengikutinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience