Bab 1 Kaki Bangku

Fanfiction Completed 570

Semuanya bermula apabila seorang usahawan Arab Saudi yang bernama Salahuddin Syed datang ke Malaysia atas urusan kerja. Beliau ingin mempromosikan produk makanannya yang berjenama Salahfud. Alhamdulillah, kerjanya dimudahkan. Pemilik stokis di Pulau Pinang setuju untuk memasarkan produknya. Produk makanannya itu mendapat sambutan hangat di Malaysia.

Pada satu hari, Syed pergi ke KOMTAR untuk makan angin. Dia makan tengahari di sebuah kedai makan di sana. Selepas itu, dia pergi ke Rumah Pramlee. Dia pergi ke situ kerana ingin mengenali lagenda seniman tanah air. Dalam perjalanan pulang ke hotel, dia terlanggar seorang wanita. Dia kemudiannya menolong wanita tersebut.
Bak kata pepatah, jodoh tak kemana. Dia kemudiannya berkahwin dengan wanita yang dilanggarnya tempoh hari yang bernama Faridah Sulaiman selepas beberapa bulan mengenalinya.

Selepas 3 tahun berada di Malaysia, Syed membawa isterinya pulang ke Madinah, Arab Saudi.

Selepas 9 bulan di Madinah, Syed dan Faridah mendapat seorang cahaya mata. Bayi itu dinamakan Farid Salahuddin. Bayi itu dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan ilmu pengetahuan.


Farid mempunyai minat yang besar terhadap permainan bola sepak. Dia bercita-cita untuk menjadi pemain bolasepak yang hebat dan mahir. Dia menaruh harapan bak langit terhadap cita-citanya itu. Dia amat mengidolakan Mohamed Salah dan Sadio Mane kerana 2 permain ini merupakan pemain bolasepak muslim yang terkenal.


Di zaman kanak kanaknya, dia selalu dibuli di sekolah kerana dia tidak begitu mahir dalam bermain bola sepak. Ayahnya, Syed meninggal ketika Farid berumur 8 tahun. Dia mengalami tekanan. Dia pernah gagal sebanyak dua kali dalam pemilihan pemain dalam pemilihan pasukan sekolah pada zaman sekolah rendahnya. Dia berasa amat merendah diri dan kecewa kerana baginya impiannya telah lebur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience