Bab 3 Tabah

Fanfiction Completed 570

Farid bertemu dengan pengurus. Betapa terkejutnya dia kerana pengurus itu ialah pembuli yang selalu merendah rendahkannya. Pengurus itu bernama Muhammad Farsi. Pengurus lantas menanyakan soalan kepada Farid " Kenapa kau datang le pejabat aku ini. Nak balas dendam ke?". "Saya nak jadi pemain. Saya nak menonjolkan bakat saya" kata Farid. Lalu, pengurus itu memberikannya sehelai borang. Farid berasa sangat gembira kerana pengurus itu memberikannya peluang untuk memasuki pasukan itu.

"Kau tinggal di mana sekarang, Farid?"tanya pengurus itu. "Saya sedang belajar di University Taibah." Jawab Farid. Pengurus itu meletakkan Farid di pasukan bawahan. Walaupun begitu, Farid tetap gembira. Pengurus menyuruh Farid agar bermain dengan bersungguh-sungguh supaya dapat layak memasuki pasukan senior.

Farid pulang ke kampus. Farid menyediakan semua barang barangnya untuk kelas pada keesokan harinya. Farid melakukan kerja kerja kendiri sebelum tidur. Impiannya ingin menjadi pemain bola sepak hingga dibawa ke dalam mimpi.

Pada pagi itu, Farid pergi ke kelas perubatannya. Selepas kelasnya tamat, dia pulang ke kampus untuk menyiapkan diri ke latihan bola sepak pasukan Mulawwanah FC jr. Dia pergi menggunakan kenderaan awam serta menjinjing beg kasut bolanya. Sesampainya dia di situ, latihan dimulakan. Jurulatih yang bernama Ghufran Hamid itu mengajar pemain pemain tentang teknik serangan. Teknik teknik itu adalah Permainan Sayap, Hantaran Gerak Terancang dan teknik Kelecek Slalom. Mereka semua berlatih mengikut tenik teknik yang diajarkan oleh jurulatih. Latihan tamat pada pukul 6.30 petang. Pengurus datang menemui pemain pemain junior. Beliau mengatakan bahawa dia akan memilih 2 orang pemain untuk dimasukkan ke dalam tim senior. Pemilihan itu akan dijalankan pada akhir tahun.

Farid menjalani rutin hariannya seperti biasa. Latihan bola sepak tidak pernah ditinggalkannya walau 1 hari. Dia amat berharap agar dapat memasuki tim senior.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tibalah masanya untuk mengumumkan pemain muda yang layak untuk masuki tim senior. Degupan jantung pemain muda berdegup pantas bak cheetah. Pengurus menyebut nama Salman Durrany dan Sirajuddin Umar. Farid berasa kecewa dengan usahanya sepanjang tahu itu. Walaubagaimanapun, dia tabah menghadapinya. Dia berdoa serta berharap agar dapat memasuki tim senior pada satu hari nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience