Bab 5 Jatuh Gaung

Fanfiction Completed 570

Kerajaan Arab Saudi sangat gembira kerana di dalam pasukan kebangsaannya, terdapat seorang pemain yang baru berumur 21 yang berbakat. Pada akhir tahun itu,kerajaan memberikan anugerah pemain terbaik Arab Saudi kepada Farid Salahuddin bin Salahuddin Syed. Sehubungan dengan itu, harga pemain ini meningkat daripada 10k ke 100k, menjadikannya pemain termahal Arab Saudi.

Kehebatan Farid amat tak terlawan. Salah satu kelab di Sepanyol ingin membelinya. Kelab itu menawarkan gaji yang lebih tinggi berbanding Mulawwanah FC. Jadi, Farid pun dipindahkan ke Gracias FC pada tahun 2028. Dia bermain dengan baik di Gracias FC. Kontraknya dengan Gracias FC adalah selama 5 musim.

Hinggalah pada suatu ketika, malang tidak berbau, Farid mengalami kemalangan hingga menyebabkan kakinya patah. Lalu, tanpa belas kasihan, Gracias FC menjual Farid kepada agen tanpa memberikan satu sen gaji pun. Farid hanya sempat bermain selama satu musim bersama Gracias FC. Farid mengalami masalah kewangan. Nilainya sebagai pemain bola sepak pun menurun dengan mendadak daripada 100k ke 12k sahaja. Dia tidak lagi dimahukan oleh mana mana pasukan lagi.

Dia pulang ke rumah ibunya di Malaysia. Dia berasa sangat sedih. Impian bak langitnya terasa sudah kabur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience