BAB 1

Romance Completed 9786

Huarghhhhh!

Beratnya hati nak bangkit dari katil ku sayang. Sedari tadi aku menggeliat ke kiri ke kanan. Suasana pagi yang sejuk lagi dingin memaksa aku untuk menarik selimut hingga menyelubungi kepala. Sejuk hingga ke sum-sum tulang namun aku suka. Mujur aku bawak selimut kesayangan aku jenis comforter tebal yang aku beli dekat Itali masa melancong dengan papa tahun lepas. Tidur malam aku menjadi lebih bermakna dengan adanya comforter ini. Teddy bear hadiah hari jadi aku yang ke 17 tahun pemberian Kak Sandra aku tarik ke dalam dakapan. Oh, inilah nikmat kehidupan.

Tapi sayang, nikmat kehidupan yang aku kecapi telah diganggu gugat apabila ada seorang manusia menggoncang tubuhku dengan perlahan. Perlahan tapi cukup untuk mengganggu mimpi indahku. Mata yang berat kubuka perlahan.

“Bella, Bella.. Bangun lah, dah pukul 7.50.”

“Hmm…”

Aku tutup mata kembali. Kata-kata Alia, roommate aku yang aku baru kenal seminggu sepanjang Taaruf week itu hanya sekadar masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan.

“Dah 7.50 Bella. Bangunlah!”

“7.50? Awal lagi…”

“It’s 7.50 and you’re going to be late! Baik kau bangun sekarang kalau kau taknak aku tinggalkan kau. Cepatlah Bella, ni kelas pertama kita kat sini. Takkan kelas pertama nak pegi lambat kot. ”

Volume suara Alia yang nyaring menyedarkan aku. Aku capai iPhone 6 ku dari bawah bantal.

“Dah 7.50? Weh, asal tak kejut aku?”

Sepantas kilat aku capai tuala dan lari ke bilik mandi. Jelingan maut Alia langsung tak ku hirau.

“TAK guna punya Alia! Dia tinggalkan aku. Aku tau lah aku lambat tapi tunggu lah aku,” sambil berlari-lari anak aku membebel.

“Aduh, apesal banyak sangat tangga kat UIA ni?”

Aku menuruni anak tangga itu sambil berlari. Malang nasibku kerana aku telah terlangkah dua anak tangga sekali gus, menyebabkan aku jatuh tergolek di situ. Nasib baiklah tak ada orang kat Central Spine waktu-waktu kecemasan begini. Segera aku sambung larian marathonku ke SMAWP 3 yang tergendala sebentar tadi.

Aku mengintai dari luar kelas. ‘Bising je kelas ni. Confirm lecturer tak masuk lagi.’ Hampir sahaja aku melompat kegembiraan di situ.

“Are you going in or not?”

Sergahan dari belakang berjaya membuatkan jantungku berhenti berdenyut dan gugur. Kus semangat. Dengan perlahan aku menoleh ke belakang dan menyangkan senyuman yang paling manis kepada makhluk Allah yang tak reti bagi salam tu.

“Saya nak masuk. Ni kelas saya.”

“Then, what are you waiting for? Masuklah. Or, are you late to the class?”

“Eh, tak tak… mana ada saya lambat. Saya pergi tandas tadi,” dalihku.

Dia tersenyum sumbing.

“Going to the toilet with a bag?”

Aku tersenyum kelat. Alamak, kantoi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience