BAB 3

Romance Completed 9786

‘Clumsy?’ Aku bertanya kepada diri sendiri.

SEPERTI minggu-minggu sebelumnya, masalah kelas pada pukul 8 di pagi Isnin memang sangat masalah bagi aku. Macam orang selalu cakap, Monday Blues. Kemalasan aku semakin menjadi-jadi sebab kelas pukul 8 tu adalah kelas Bahasa Inggeris. Aku tak benci Bahasa Inggeris. In fact, I really do love English very much. Tapi masalahnya lecturer Bahasa Inggeris aku sangat kerek dan menyakitkan hati.

Setelah berkali-kali alarm clock disnoozekan, dengan berat hati aku bangun mengeliat. Itu pun setelah berbaldi-baldi leteran Alia tersimbah dekat telinga aku. Akibatnya, Alia tinggalkan aku. Aku merenung jam di telefon bimbit. Hmm, 7.30 pagi? Awal lagi.

Cepat-cepat aku berlari masuk ke kelas apabila terlihat pintu kelasku ditutup oleh seseorang dari dalam. Dengan kudrat yang ada, aku menahan pintu itu dari tertutup.

“Hmm, you are late. I’m going to lock this door.” Seperti biasa, pensyarah aku yang tersangat kerek dengan muka serius merenungku tajam.

“Eh, tak mana ada saya lambat. Sekarang pukul 8 tepat. Saya tak lambat, tapi saya on time.” Aku cuba mempertahankan diriku sambil menayangkan jam tanganku ke hadapan mukanya.

“Awak lambat daripada saya.”

“Saya tak lambat. Brother yang datang awal daripada saya.”

“Get in!”

Geli hati aku melihat wajah cemberutnya yang ternyata tak puas hati apabila kalah berdebat denganku. Jangan main-main, ni Maria Isabella la! Juara peringkat negeri pertandingan bahas tau masa SPM dulu. Aku melangkah masuk dengan senyuman kebanggaan.

Malang nasibku apabila hanya dua langkah aku menapak, aku terpijak kainku sendiri. Aku cuba mengimbangi diriku. Nasib baiklah classmate aku yang lain sibuk dengan hal masing-masing. Pheww!

Tanpa aku sedar, Brother Haikal sedang memandangku geram. Rupa-rupanya Nescafe Mocha yang aku beli dari mini mart tadi telah tertumpah ke atas bajunya semasa aku sedang mengimbangi badan.

Dengan cemas aku mengeluarkan sapu tangan dari dalam begku dan segara mengelap kesan Mocha yang tertumpah dia atas kemeja Hijaunya walaupun aku tahu kesan tu takkan hilang jika tidak dibasuh dengan sabun Dynamo.

“Are you using my handkerchief to wipe this stain?!” Suaranya yang semakin meninggi menggerunkan aku.

Itulah, tadi bangga sangat. Dengan pensyarah sendiri pulak tu. Kejap je dah Allah balas.

“Did I told you how much I hate the smell of Nescafe?!” Tengkingnya lagi membuatkan aku betul-betul terdiam, terkaku dan menunduk bisu.

“I’m sorry Brother,” tuturku perlahan.

“See me at my room after class.” Katanya lagi sambil merampas sapu tangan biru yang aku pegang. Memang niatku ingin memulangkan sapu tangan itu kepadanya hari ini. Tapi, bukan dengan cara begini. Aku melangkah ke tempat dudukku dengan lemah.

DENGAN terpaksa, aku mengetuk pintu bilik Brother Haikal perlahan. Perlahan… aku sendiri pun tak mendengar bunyi ketukan itu. Tiba-tiba pintu bilik dikuak dari dalam. Wajah serius itu tak berani aku pandang.

‘Dia masih marahkan aku?’

“Masuk.”

Aku mengikut Brother Haikal masuk ke biliknya. Pintu bilik itu dibiarkan terbuka, luas. Lega sikit hatiku. Sekurang-kurangnya aku tahu dia takkan menengkingku dengan kuat. Aku berdiri betul-betul di hadapan mejanya. Menunggu arahan seterusnya. Sebaliknya, Brother Haikal sedang khusyuk main game Candy Crush Saga di telefon bimbitnya seolah-olah aku tak wujud di situ.

“Hmm… Kenapa tak duduk?” tanyanya tanpa sedikit pun memndang wajahku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience