BAB 6

Romance Completed 9786

Peluh sudah mula memecik di dahiku. Kejadian tadi benar-benar membuatkan aku speechless. Aku hanya mampu mengangguk bagi menjawab pertanyaan Brother Haikal.

“Kenapa mengelamun kat tengah-tengah jalan?”

Aku hanya membisu. Kalau aku jawab yang aku mengelamun sebab pertama kali nampak dia senyum, mesti dia ketawakan aku.

SEPERTI biasa wajahnya tak pernah tak serius apabila berada di dalam kelas. Cubalah awak senyum macam hari tu, kan manis. Sedap sikit mata memandang. Ini tak, tak habis-habis nak menggerunkan urat perut aku.

“Maria? Awak dengar ke tak apa saya cakap ni?”

Pertanyaannya mematikan lamunanku.

“Hah? Apa?”

Aku dengar dia mengeluh perlahan.

“Saya cakap kenapa essay awak ni teruk sangat? Awak ni memang tak pernah tulis essay ke apa? Apa awak jawab masa SPM dulu? Awak meniru eh?” Wajah seriusnya tajam memandangku.

MasyaAllah, mulut tu tak boleh berbisa lagi ke?

Aku menggaru belakang kepalaku yang memang tidak gatal. Essay yang Brother Haikal suruh aku buat dua hari lepas itu sebenarnya aku baru buat pagi tadi. Aku benar-benar lupa.

“Mana ada! Saya dah lama tak buat essay,” pintasku laju.

“See me after class.”

Aku hanya mampu mengangguk lemah. Ya Allah, janganlah dia marah aku ke, tengking aku ke. Lemah jantung aku kalau macam ni.

Dengan langkah yang tak berapa nak bersemangat, aku menapak ke bilik Brother Haikal. Belum pun sempat aku nak mengetuk pintu biliknya, aku dengar satu suara dari dalam bilik itu melaung menyuruhku masuk. Terus sahaja aku melangkah masuk ke dalam bilik itu.

Dia meletakkan sebuah buku di atas mejanya.

“Saya nak awak baca buku ni.”

Aku memanjangkan leher melihat tajuk buku itu.

‘Essay’s Compilation.’

Aku tersenyum kelat.

“Tak pe lah Brother. Saya ada buku saya sendiri.”

Wajahnya yang dah sentiasa serius itu bertukar lebih serius.

“I’ll give you one week to finish this book.”

“Tapi Brother… Seminggu? Mana sem…”

“Take this book and get out from my room. Awak ganggu masa lapang saya,” pintasnya sambil tangannya mencapai telefon bimbit.

“Eleh… Nak main Candy Crush la tu,” ujarku perlahan.

“Apa awak kata?”

Alamak, dia dengarlah pulak. Aku menggeleng laju.

“Tak ada apa.”

Cepat-cepat aku mengambil buku yang terletak di atas meja Brother Haikal itu dan keluar dari biliknya sebelum gunung berapi meletus gara-gara keterlanjuranku.

AKU menghempaskan tubuhku di atas katil sambil tanganku sibuk membelek buku yang diberikan Brother Haikal tadi. Essay pertama yang bertajuk Ways to Save Water aku baca tanpa minat. Belum pun sampai ke bahagian conclusion, aku selak ke muka surat lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience