BAB 7

Romance Completed 9786

Terdapat sekeping gambar seorang gadis memakai dress purple terjatuh di hadapan tangga. Aku mengambil gambar yang terlekat di muka surat itu dan membeleknya. Terdapat tulisan tangan di belakang gambar itu.

A ‘clumsy’ blue diamond terjatuh kat depan tangga sebab rushing pergi kelas.

Aku selak ke muka surat seterusnya. Terdapat satu lagi gambar seorang gadis yang sama sedang berdiri di hadapan meja di dalam bilik Brother Haikal dengan riak wajah yang bersalah.

This clumsy girl dah tumpahkan Nescafe Mocha yang paling aku tak suka dekat my favourite shirt!

Muka surat seterusnya juga sama. Sekeping gambar yang ditangkap dari dalam kereta dan aku sangat pasti memang aku juga yang berada dalam gambar itu. Gambar aku sednag menghampiri keretanya dengan memakai jubah hitam.

She’s 30 minutes late!!

Aku selak ke helaian seterusnya. Kosong. Tiada kepingan gambar seperti sebelumnya. Aku selak lagi ke helaian seterusnya. Tetap sama. Kosong. Entah kenapa ada rasa kecewa di sudut hatiku. Kecewa dan keliru. Apa maksudnya semua ini?

Tiba-tiba angin bertiup kencang dari tingkap bilikku menyebabkan buku itu terselak hingga ke helaian yang terakhir. Terdapat sekeping gambar terlekat di kulit belakang buku tersebut. Gambar aku yang sedang memakai tudung putih dan baju taaruf. Aku menarik gambar itu dan membaca nota dibelakangnya.

First sight and everything started.

Aku ternganga luas. First sight and everything started? Aku bertanya kepada diri sendiri.

Nota ringkas yang ditulis di belakang buku betul-betul di tempat terlekatnya gambar tadi aku baca dengan hati yang berdebar-debar dan perasaan yang berbunga.

‘Aku jatuh hati pada caramu melayan orang sekelilingmu dengan adil dan tanpa prejudis. Kau membuat aku menjadi lebih baik dan mencintai diriku. Melalui cintamu aku melihat dunia pada perspektif berbeza kerana aku menemui jawapan yang selama ini aku cari, hanya kau yang ku cinta ikhlas sehingga maut memisahkan kita. Aku cinta padamu kerana Allah. - HA.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience