BAB 4

Romance Completed 9786

Dengan perlahan aku menarik kerusi dan duduk di hadapannya.

“Saya tak suruh duduk pun.”

Aku menolak kerusi ke belakang dan berdiri kembali.

“Duduklah,” katanya lagi sambil meletakkan telefon bimbitnya di atas meja dan memandangku.

What the?Apa masalah dia ni sebenarnya?

Aku menghempaskan tubuhku dengan kuat di atas kerusi itu sebagai tanda protes. Nasib baik kerusi tu tak patah menampung 50 kilogram beratku.

“Awak tahu apa salah awak?” tanyanya serius.

“Tumpahkan Mocha dekat baju brother,” jawabku perlahan sambil memintal-mintal hujung baju kurungku.

“Dah tu, tak reti mintak maaf?”

“Maafkan saya…” Ucapku dengan rasa bersalah yang menggunung.

“Tak cukup.”

“Tak cukup?” Lantas aku mengangkat muka, cuba memahami apa yang Brother Haikal maksudkan.

“Hmm, awak ingat maaf awak tu boleh hilangkan kesan mocha dekat baju saya ke?”

“Tak…”

“Saya akan denda awak.”

“Brother, tolonglah jangan potong markah saya,” pintasku laju.

Aku lihat dia tersenyum sinis.

“Awak kena belanja saya makan.”

“Makan? Brother cakap je nak makan kat mana. Kat London Bridge? Kat kafe Za’ba? Cakap je, saya boleh belanja. Janji jangan potong markah saya,” pintasku laju dengan peuh bersemangat.

“Saya taknak makan kat dalam CFS. Saya nak makan Chicken Chop dekat SS2. This weekend. Deal?”

Mak ai.. Kekwat gila mamat ni.

“Deal?!” Nada suaranya bertukar tinggi mengejutkan aku dari lamunanku.

“Okay, deal!”

“Okay, tunggu apa lagi? Pintu keluar kat situ.”

‘Ya Allah, kenapalah aku dipertemukan dengan mamat annoying ni?’ Dengan hati yang membara aku melangkah keluar dari bilik itu.

BUNYI telefon yang nyaring benar-benar mengganggu tidur panjangku pada hari Sabtu yang damai ini. iPhone 6 yang berada di tepi bantal aku ambil dan tanpa melihat nama pemanggil, aku reject panggilan itu.

Tapi baru sahaja aku ingin belayar ke alam mimpi, telefon bimbitku berbunyi lagi. Dengan malas aku menerima panggilan itu.

“Hello?” Dengan mata yang masih terpejam aku membuka bicara.

“Kenapa reject call saya?!” suara tengkingan di hujung talian berjaya membuka mataku seluas-luasnya. Aku menjauhkan telefon bimbit dari telinga dan melihat nama pemanggil.

Brother Haikal.

‘Alamak, dah kenapa dia call aku pagi-pagi macam ni?’

Aku berdehem seketika sebelum menyambung.

“Saya tertekan tadi.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience