BAB 2

Romance Completed 9786

Dia mengeluarkan sapu tangan dari dalam kocek seluarnya dan menghulurkanya kepadaku.

“You perspired profusely. You might need it.”

Baru aku perasan yang tudung aku dah mula menampakkan kesan peluh. Nampaknya pagi yng dingin lagi sejuk ni tak dapat nak bantu masalah kuat berpeluh aku. Dengan teragak-agak aku menyambut huluran brother tu.

Dengan selamba dia meninggalkan aku dan melangkah masuk ke dalam kelas.

Hmm…classmate aku ke?

Aku melangkah masuk ke dalam kelas dan mengambil tempat duduk di sebelah Alia. Aku mengesat peluh yang mengalir di pipi dengan sapu tangan biru muda itu. Mak aii! Wanginya. Sabun apa dia pakai ni?

“Sorry class, I’m late. I’ve need to settle something at the office.”

Brother yang menegurku di luar kelas tadi membuka bicara.

“Tapi rasanya ada orang bernasib baik la kan bila saya datang lambat?” Dia menjeling ke arahku.

Kata-katanya mengundang tawa seluruh kelas. Merah pipiku menahan malu. Pada hari pertama, kelas yang pertama aku dah diketawakan. Haih, nasib nasib.

“Lepas ni, sesiapa yang datang lambat dari saya, I’m sorry you cannot enter the class. I will lock the door.”

Kemudian, dia mengeluarkan sebatang marker berwarna hitam dan menulis sesuatu di whiteboard.

“That’s my name, my phone number and my room number. You can call me Brother Haikal. Don’t call me Sir Haikal. I’m nat that old. I’m just 23.”

“Today, I’m not going to lecture you. I want all of you come in front and tell the class about yourself. Tell me your name, full name and nickname, course and a thing that express yourself. And please, talk in English. Can yo do that?”

“Yes,” hampir seluruh kelas menjawab serentak.

“Okay, let’s start with the girl in purple dress.”

Bro Haikal memandang ke arahku. Segera aku menunduk memandang warna baju yang aku pakai.Ungu! Mataku melilau memerhatikan classmate yang lain. Cuma aku seorang yang memakai baju berwarna ungu.

Dengan rama-rama yang sedang berterbangan dalam perut, aku bangun melangkah ke hadapan kelas dengan perlahan. Nafas ku tarik sedalam-dalamnya untuk menghilangkan penyakit gemuruhku ini.

Tangan yang semakin menggeletar aku sorokkan ke belakang badan. Dengan keyakinan yang tersisa, aku membuka bicara.

“My name is Maria Isabella. You can call me Bella. I study Engineering here.” Senafas sahaja aku memperkenalkan diri. Dengar macam aku sedang melafazkan akad nikah pun ada!

“Slow down girl. What’s your name again? Isabella?” tanya Brother Haikal yang sedang menyembunyikan tawanya.

“Err, yes sir. I mean, Brother,” cepat-cepat aku menukar panggilan Sir kepada Brother apabila dia menjelingku tajam.

“So, a thing that express yourself?”

“Emm… A thing… I…I would express myself as a blue diamond.”

“Why blue diamond?”

“Because blue diamond is the rarest diamond in the Earth. It’s hard to find it anywhere. And the only thing that can scratch a diamond is another diamond.”

“Wow, impressive. But I will call you a blue clumsy diamond. You can sit.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience