Chapter 9

Romance Series 5083

Hawa meraup wajah perlahan. Serba salah kerana main sembur sahaja amarahnya kepada lelaki itu. Hawa mengeluh dalam diam. Dia tidak tahu mengapa dia tidak dapat mengawal perasaan marahnya terhadap Izzan sedangkan dia seorang yang lemah lembut dan seorang yang pandai menjaga kata-kata.

Kata-kata Dato Azman sebentar tadi membuatkan hatinya sedikit terusik. Selepas sahaja Dato Azman selesai bicara, dia melangkah naik masuk ke bilik tidur semula meninggalkan Hawa seorang diri untuk berfikir.

"Mulai esok, aku akan biasakan diri aku sebagai El bukan Hawa lagi. Good bye Hawa Humaira"

Hawa mengambil remote control lalu menekan butang merah kemudian bangun menaiki tangga menuju ke bilik tidurnya.

El merenung kosong wajahnya yang penuh dengan solekan kakak angkatnya, Lufya Jasmin. Siapa je gembira tiba-tiba kena paksa tunang? Ingat drama tv3 ke?

"Aisyah jom duduk luar. Keluarga Izzan dah sampai"

Kata-kata itu membuatkan El mahu lari daripada majlis tunang ini. El memejamkan mata seketika. Mata dicelikkan kembali dan kaki melangkah keluar.

El mengambil tempat di sebelah Datin Marina. Bibirnya mengukirkan senyuman hambar.

Majlis pertunangan Aisyah Elmaira dan Izzan Aysar berjalan dengan lancar. Kini El berada di bilik rehat bersama Insha dan Cikgu Syasya. El memandang kosong cincin yang disarung pada jarinya satu jam yang lalu.

Cikgu Syasya dan Insha memandang sesama sendiri. Bingung melihat El seperti tidak gembira dengan pertunangan ini.

"El kau okay tak ni?" El mengangkat kepala memandang mereka berdua.

"Kau ada nampak aku okay ke Insha?!" balas El dengan meninggikan suara. Cikgu Syasya dan Insha tersentak lalu memandang wajah pucat El. Sakit ke?

El melangkah keluar menuju ke bilik tidurnya untuk berehat. El mengunci pintu sebelum merebahkan wajahnya ke bantal. Tangisan yang ditahan pagi tadi akhirnya terlepas jua.

Bukan kerana tidak menerima pertunangan ini tetapi ada beberapa perkara yang bermain di fikirannya. Mimpi semalam masih segar dalam ingatannya. Dia bermimpi ada seorang lelaki yang tidak dikenalinya masuk ke dalam biliknya dan cuba untuk merogolnya. Mimpi itu yang membuatkan dia sukar untuk melelapkan mata dan akhirnya tidak tidur sehingga sekarang.

"Siapa dia?! Hiks" Sakit kepala El mula datang bersama getaran teruk pada tubuhnya seakan trauma apabila bayangan mimpi lelaki itu muncul dalam fikirannya bersama pesanan.

"Aku minta maaf El. Aku nak kau jauhkan diri daripada Izzan kalau kau tak nak aku buat lebih daripada ni. Ni sebagai amaran sahaja. Jangan pernah cabar aku. Ada orang yang tengah dengki dengan kau hanya sebab kau berkawan dengan Aara"

"Putuskan hubungan kau dengan keluarga diorang kalau kau tak nak ada pengalaman macam ni untuk kali kedua"

El terlelap dengan mata sembabnya setelah sakit kepalanya mula berkurangan.

Izzan dan Aara melihat susuk tubuh El hanya dipandang sahaja. Mahu ditegur tapi terbantut niatnya apabila perasan dengan kolam air mata El.

"Akak Aara. Mana akak Hawa? Ayyan nak bercerita dengan dia ni" rungut Rayyan sambil memandang sudut rumah mewah itu. Aara mengusap rambut lembut Rayyan.

"Panggil akak El tau bukan akak Hawa dah" Rayyan mengangguk tanpa banyak soal.

"Akak El penat. Nanti nanti jelah okay?" sambung Aara mendatar. Rayyan menjatuhkan kepala lalu kembali bermain bersama Anggun yang berada di pangkuan Aara itu. Izzan mendiamkan diri kerana memikirkan hal tadi.

"Aku paksa kau ke El? Huh" gumam Izzan perlahan

Dario memandang kosong wajah Izzan seperti ada masalah. Dia terkejut apabila Lufya menelefonnya pagi tadi memberitahu bahawa Izzan dan El akan bertunang secara tiba-tiba. Dia turut terkejut selepas mengetahui bahawa Hawa dan El merupakan orang yang sama. Jadi dia menerima dengan hati yang terbuka atas pertunangan adik angkat Lufya dengan kawan baiknya itu.

"Nasib kaulah Izzan" katanya perlahan lalu membawa diri ke dapur semula.

×××

We don't talk anymore ~
We don't talk anymore ~

We don't talk anymore ~
Like we used to do~

El mengerut kening sambil meraba permukaan tilam mencari telefon pintanya tanpa membuka mata. Ngantuk!

Setelah mengetahui keberadaan telefon pintarnya pantas mengangkat panggilan itu.

"Hello?" sapa El dicorong telefon. El bangun menukar posisi duduk bersila sambil menyandarkan tubuh di kepala katil.

"I'm sorry" El mencelikkan mata memandang nama yang tertera di skrin telefon. Izzan Aysar.

"Sorry for what?" balas El dengan suara baru bangun tidurnya. Izzan tersenyum suka mendengar suara itu. Perasaan rasa serba salah itu hilang serta merta digantikan dengan perasaan bahagia.

"Sorry kalau kau rasa aku macam paksa kau untuk bertunang semalam" Terkebil-kebil El memandang lukisan wajah seseorang bersama air mata yang berada di hadapannya itu. Dia cuba menghadam kata-kata Izzan sebentar tadi.

"Oh mana ada awak paksa saya, saya okay je ni" pantas Izzan menjawab.

"Kau tipu. Aku nampak kau nak menangis lepas aku dengar kau marah Insha kat bilik rehat tu" Terdiam El lalu mengigit bawah bibirnya. Macam mana dia boleh lupa yang keluarga Izzan masih ada di rumah Datin Marina ni?!

"Semua keluarga awak dengar ke?" soal El perlahan. Izzan melepaskan gelakan kecil. Entah kenapa hatinya sejuk mendengar bahasa awak saya yang keluar dari mulut El itu.

"Tak kot. Aku dengan Aara je dengar" El mencebik apabila mendengar perkataan kot itu. Dia tak tahu ke yang KKM kata tak pasti jangan kongsi. Haih...

"Kenapa kau nangis tadi?" El mendiamkan diri sahaja.

"El. Bagitahulah aku. Aku nak tahu please" rengek Izzan tanpa sengaja.

"Awak ni mana satu sebenarnya? Nak panggil saya El ke Aisyah?" marahku dibalas dengan gelakan daripada Izzan.

"Oh kira bolehlah ni aku panggil Aisyah?" El menggulingkan mata sambil memegang erat telefon pintarnya itu.

"Ada saya cakap tak boleh ke?" Sengaja El main tarik tali dengan Izzan.

"Okay okay kalau macam tu aku nak panggil kau dear dengan Aisyah. Ikut akulah nak panggil apa tapi hanya dua tu je dan kalau kau pula, aku nak kau panggil say--"

"Sayang?" pintasku selamba. Izzan tersenyum senget mendengar panggilan itu.

"Yes dear? I know you miss me already right?" Terbuntang mata El mendengarnya. Bapak perasan?!

"Merepek lah awak ni" rungut El tidak suka tetapi Izzan berjaya membuatkan pipinya terasa bahang.

"Hahaha aku okay je lah kau nak panggil apa pun tapi jangan panggil aku bie sudah" El mengerut kening pelik.

"Why not?"

"Tak adalah nanti kesianlah sikit pada haiwan yang bernama lebah" El makin pelik dengan balasan Izzan itu.

"Dia confius kau panggil aku ke panggil dia. Ha lagi satu lebahkan suka madu. Jangan terkejut bila kita kahwin aku terbagi kau madu. Ha kan susah tu" gurau Izzan diselangi tawa besarnya.

"Awak jangan berani nak bagi saya madu eh? Kalau saya tahu, saya cincang-cincang daging awak bagi anjing jiran saya makan" Izzan menghamburkan gelak terbahak-bahak. Sungguh dia terhibur dengan El.

"Nampaknya kau macam dah bagi green light je untuk aku sebut nama kau depan tok kadi nanti" Wajah El kembali bahang mendengar kata-kata selamba Izzan itu.

Izzan berdehem membetulkan keberadaan halkumnya dan kembali bersuara.

"Jangan risau dear. Aku takkan bagi kau bagi kau madu tapi aku akan bagi kau baby uwuek uwuek"

"Best ya nanti kalau kita ada anak. Aku dah fikir tau nama anak kita nanti. Kau dengar eh, kalau lelaki aku nak letak nama Aidan Suffian bin Izzan Aysar kalau perempuan Hawa Medina binti Izzan Aysar" El menutup matanya cuba menahan amarahnya. Baru tunang dah fikir pasal nama anak? Biar betul dia ni.

"Sedap tak nama tu?"

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience