Izzan masih merenung wajah gadis di hadapannya seakan mirip seseorang yang dirinduinya. Bezanya gadis itu tidak memakai spek mata. Hawa menundukkan kepala sambil memainkan tangan sesama sendiri. Pesanan mereka sudah diambil oleh pekerja di sini.
Ehem!
Hawa berdehem perlahan membuat Izzan tersedar lalu mengalihkan pandangan.
"Kita kenal ke sebelum ni?" Pertanyaan Hawa membuatkan Izzan mengerut kening.
"Well I don't think so. Why?" Hawa mengangguk dan kembali bersuara.
"Aisyah Elmaira" Mata Izzan mula berkaca memandang wajah Hawa. Hawa mengetap bibir apabila air mata jantan Izzan sudah jatuh ke pipi. 'Aku salah cakap ke? Ke dia ada kenangan pahit dengan orang tu?' getus Hawa di hati.
"kau kenal dia ke? Dia lah orang--" kata-kata Izzan terhenti apabila pekerjanya tiba bersama makanan yang dipesan mereka berdua. Izzan pantas menghapuskan air matanya.
Hilang macho nya haih.
"Makanlah" kata Izzan sepatah selepas pekerjanya mengangkat kaki dari situ. Hawa mengeluh perlahan. Dia tidak suka untuk menanyakan hal itu dua kali. Jadi dia mendiamkan diri sahaja
Waffles Sweet As Smily Izzan nama diberi. Hawa terkejut saat pertama kali melihat semua nama pada menu pencuci mulut. Semua ada nama Izzan ya. Hawa menjatuhkan kepala tanda faham selepas mendapat penjelasan daripada Izzan bahawa ini ialah cafe milik keluarganya.
Hawa makan dengan penuh selera sehingga tidak sedar dengan renungan dalam Izzan terhadapnya. Selesai sahaja makan, Hawa menyuakan straw ke dalam mulutnya sebelum menyedut air Strawberry Honey. Izzan yang mencadangkan makanan dan minumannya itu.
"Alhamdulillah sedap. Terima kasih belanja" ucap Hawa lalu memberikan senyuman manis. Izzan terkedu melihat senyuman Hawa pantas menggelengkan kepalanya. Dia hanya menunggu kehadiran Aisyah Elmaira sahaja.
"By the way, nama kau apa?" Izzan menyilangkan tangan ke dada kemudian menyandarkan tubuhnya pada kerusi kayu. Hawa terdiam memikirkan hal tadi.
"Hawa. Hawa Humaira" Hawa memutuskan tidak memberitahu nama sebenarnya kepada Izzan kerana dia dapat merasakan bahawa mungkin Izzan dan Aisyah Elmaira tidak mempunyai hubungan yang baik selepas melihat air mata Izzan tadi.
"Dah kenyang?" Hawa menjatuhkan kepalanya dua kali. Izzan tersenyum senget kemudian kembali bersuara.
"Jomlah gaduh. Aku start dulu" Hawa mula mempamerkan wajah bingungnya. Dia tak salah dengarkan tadi? Nak ajak gaduh?
"Sebenarnya aku bukan langgar kau tapi kau yang langgar aku. Lain kali kalau berjalan mata pandang depan bukan pandang telefon. Nasib baik kau langgar aku yang handsome lagikan sado ni. Kalau kau langgar orang tua gigi tinggal sebatang. Kau tak kesian ke gigi orang tua tu tercabut gara-gara kau rempuh dia macam nak buka gelanggang WWE?" Izzan menyembur sepuasnya kepada gadis yang bernama Hawa itu. Terkebil-kebil Hawa mendengar semburan panjang Izzan.
"Nak saya balas ke?" tanya Hawa mendatar. Izzan mengangkat bahu. Senyuman senget masih terukir di bibirnya seolah mencabarnya. Hawa memicingkan mata kepada Izzan dan menepuk kuat meja cafe Izzan.
BAM!
"AWAK JANGAN NAK CABAR SAYA EH?! SEKALI SAYA BALAS TERDIAM AWAK NANTI!" Suara lantang Hawa memecahkan suasana ketenangan di Cafe Z'Family. Terhinjut bahu Izzat mendengarnya.
Insha dan Riz sedang berbual mesra tersentak dengan suara Hawa seperti mahu gaduh itu. Mereka memandang sesama kemudian menyambung perbualan mereka yang terhenti tadi.
"Macam mana? Okay tak saya in the character tadi?" Hawa membetulkan kedudukannya sambil tersenyum manis. Mata-mata pelanggan yang memandangnya diabaikan sahaha oleh Hawa. Tercengang Izzat melihat gadis di hadapannya. Air liur kesat ditelan.
"Oo--okay" Hawa membesarkan matanya memandang Izzan sambil tersenyum manis. Dalam hati sudah gelak dengan balasan Izzan yang sudah tergagap.
"Aku rasakan" ucap Izzan tiba-tiba. Hawa mengerut kening tanda tidak faham. Izzan mendekatkan bibirnya pada telinga Hawa.
"Apa kata kita kawan sampai kahwin. Aku tak nak terima bantahan daripada kau. Fullstop" Kata-kata Izzan diakhiri dengan tiupan halus. Hawa mengambil pisau di pinggannya lalu menghayunkan pisau ke arah lengan Izzan. Izzan pantas menangkap pergelangan Hawa
"Sabar-sabar. Bawa bertendang" Izzan melepaskan pegangan itu kemudian menjauhkan diri.
"Bertendang haa ya bertendang. Kalau saya tendang wajah handsome awak tu kang bertukar jadi masome je nanti. Maukah?" Izzan menggelengkan kepala lalu tangan diangkat separa bahu tanda mengalah. Hawa menayang penumbuk kecilnya kepada Izzan dengan beriak selamba.
"Perangai kau sama macam El. Garang nak mampuih" komen Izzan perlahan namun Hawa dapat mendengarnya. 'Siapa Aisyah Elmaira pada kau eh Izzan?' soal Hawa di hati sahaja.
"Rawr!" Izzan mengenyit matanya apabila pandangannya dibalas. Hawa menoleh ke arah berlainan. Izzan menghamburkan tawa selepas perasan kemerahan pada pipi Hawa.
×××
"Abang Izzan"
Hawa mengangkat kepada memandang gerangan itu. Masing-masing terkedu.
"Akak Hawa!"
"Ayyan!"
Izzan memandang Hawa dan Rayyan dengan penuh tanda tanya. Rayyan mengambil tempat di sebelah Hawa lalu memeluk erat tubuh Hawa. Hawa membalas pelukan Rayyan.
"Apahal ni peluk-peluk? Ingat ni perjumpaan rakan sekolah ke?Haram tau tak Ayyan" rungut manja tanpa Izzan sedar. Hawa merungkai pelukan itu kemudian mengangkat keningnya ke arah Rayyan. Rayyan menayang gigi putih sahaja sebelum bersuara. Lesung pipit Rayyan mula kelihatan membuatkan Hawa tersenyum suka.
"Inilah buaya yang Rayyan cerita tu" kata Rayyan selamba. Pandangan tajam daripada Izzan hanya dihiraukan sahaja. Hawa masih lagi beriak biasa. 'Buaya huh?'soal Hawa di hati.
Lima hari lepas, Hawa terserempak dengan Rayyan ketika membeli warna air di kedai RM2 dan Hawa sempat berbual dengan Rayyan sementara menunggu kehadiran Lufya.
•Flashback•
Hawa sedang memilih warna air seorang diri tiba-tiba dilanggar dari arah kiri.
Pap!
"Aduh!" Hawa mmemandang bawah melihat seorang kanak-kanak lelaki jatuh tersungkur dengan kedua tangannya menekap lantai menahan diri daripada wajah comelnya tersembam.
"Eh adik okay?" Hawa membantu tubuh kecil itu berdiri.
"Terima kasih akak" ucap kanak-kanak lelaki itu sambil menepuk seluarnya membuang habuk-habuk yang melekat pada seluar sekolahnya.
"Sama-sama. Nama adik apa?" soal Hawa mesra. Matanya tidak lepas memandang wajah comel kanak-kanal lelaki itu.
"Rayyan. Nak nampak lagi comel panggil kita Ayyan" balas Rayyan dengan memberikan senyuman manis kepada Hawa.
"Nama akak Hawa Humaira tapi Ayyan panggil akak Hawa je"
"Mana parents Ayyan?" Mata Hawa meliar memandang sekeliling.
"Ayyan datang sini dengan akak Aara dengan baby Anggun je" Hawa mengangguk faham lalu mengambil kotak warna air dan kembali memandang Rayyan.
"Akak nak buat apa dengan water colour tu?" tanya Rayyan bingung setahunya itu yang dipakai semasa subjek Pendidikan Seni pagi tadi. 'Akak ni darjah satu juga ke?' bisiknya dalam hati.
"Akak nak mewarnalah. Akak suka lukis dan suka warna" balas Hawa tenang. Bulatan kecil mulut Rayyan mula terbentuk.
"Akak. Ayyan tak tahu nak cerita kat siapa tapi Aayan nak cerita juga. Akak dengar boleh?" pintu Rayyan lalu menyantumkan kedua tangannya kemudian diletakkan sebelah pipi kanan. Tersenyum manis Hawa melihat kecomelan Rayyan itu pantas mengangguk. Layankan sahajalah!
"Ayyan geramlah abang Ayyan lagi sorang tu. Dah lah buaya nasib baik muka comel macam Ayyan ish! Tapi Ayyan bukan buaya tau akak" Rayyan menghentak kakinya berkali-kali sempat memberi amaran kepada Hawa jangan sesekali sama kan dia dengan abang yang dia maksudkan. Kesal!
"Apa yang abang Ayyan buat sampai Ayyan geram sangat tu?" Pertanyaan Hawa diakhiri gelakan kerana terhibur dengan tindakan comel Rayyan itu.
"Pagi tadikan dia letak lipas mainan dalam buku tulis matematik Ayyan. Malulah Ayyan bila terjerit depan kawan-kawan Ayyan masa kat kelas" Hawa menjatuhkan kepala dua kali lalu memberikan sesuatu kepada Rayyan yang diambil dari beg tangannya.
"Rayyan amik ni lepastu sangkutkan keychain ni dekat jari Ayyan lepastu salam tangan abang Ayyan paling annoying tu" Mata Rayyan bersinar memandang keychain tersebut. Rakan-rakannya di sekolah juga mempunyai keychain seperti itu. Shocker toys.
"Masyeh akak! Muah!" ucap Rayyan ceria. Tidak sia-sia dia mengadu pada kakak yang baru dia kenali.
"Rayyan! Akak Aara dah siap beli barang ni" Aara mencari susuk tubuh Rayyan yang sudah hilang dari pandangannya. Anggun hanya terkebil-kebil mendengar suara lantang ibunya itu.
"Rayyan datang ni! Bye akak Hawa. Masyeh sekali lagi!" Rayyan berlari ke arah lorong pertama iaitu bahagian jajan, tempat asalnya sebelum merayap ke lorong lain.
Hawa menggelengkan kepala. Macam-macam karenah!
•End Flashback•
"Nah akak Hawa. Masyeh atas perkhidmatan anda" Terbuntang mata Izzan melihat benda yang menyakiti jiwa dan raganya itu. Dia memandang Hawa tidak percaya. Hawa menyambut huluran Rayyan kemudian dimasukkan ke dalam beg tangannya. Hawa tidak menyangka bahawa abang yang Rayyan maksudkan itu ialah Izzan Aysar. Dalam hati sudah menggelakkan Izzan yang sudah mencemberutkan wajahnya itu.
Izzan menjeling tajam ke arah Hawa sebelum memandang kembali ke arah Rayyan.
"Ni Ayyan datang dengan siapa?" Belum sempat Rayyan bersuara, ada suara yang sudah menjawab pertanyaan Izzan.
"Rayyan datang dengan saya"
BERSAMBUNG...
Share this novel