Chapter 13

Romance Series 5083

El menggeliat kecil lalu memandang suami. Tangan memeluk erat tubuh lelaki itu. Izzan mencelikkan mata kemudian telefon dihidupkan untuk mengetahui jam menunjukkan pukul berapa sebelum memandang El.

5:00am

Terkebil-kebil El apabila Izzan merenung anak mata El.

"Happy birthday Izzan!" Tergamam Izzan mendengarnya. Air mata jantannya jatuh kerana isterinya mengingati tarikh lahirnya.

"Hadiah tak ada?" usik Izzan sambil mengesat air matanya.

"Kalau saya cakap hadiah awak ialah kesembuhan ingatan saya, awak happy tak?" Izzan mendiamkan diri sahaja. El mengeluh perlahan. Izzan menampar perlahan pipi El tiga kali.

"Ish kenapa tampar tampar ni? Rimaslah!" Izzan menghamburkan gelakan lalu memeluk erat tubuh El. Kepalanya diletakkan pada ceruk leher isterinya. El memandang aneh kepada suaminya. Masih ngigau ke?

"Aku tahu daripada semalam lagi tapi aku diam je tak tahulah pula kau nak jadikan perkara ni sebagai hadiah. Aku happy sangat dengan hadiah ni" El dapat merasakan lehernya sedikit basah. Tangan El naik mengusap tubuh belakang Izzan. Alolo suami kita sedih ya? Cian dia.

"Izzan Aysar!!!" jerit El apabila Izzan mengigit perlahan lehernya. Izzan melepaskan pelukan dengan wajah tersengih. El bangun selepas menjeling taham Izzan.Lampu bilik dibuka dan jam dinding dikerling.

5:15am

El dan Izzan memandang sesama sendiri. El berlari masuk ke dalam bilik air dan sempat dia mengambil tuala mandinya.

"Siapa lambat mandi, dia yang kena buat sarapan" jerit El dari dalam. Izzan menggelengkan kepala lalu keluar mengatur langkah ke bilik Rayyan untuk membersihkan diri.

El dan Izzan duduk bersila lalu menyandarkan tubuh di kepala katil selepas menunaikan solat fardhu subuh bersama satu jam yang lalu.

"Izzan! Pergilah buat sarapan" pinta El tanpa mengalihkan matanya pada skrin telefon itu. Izzan mendengus tidak puas hati lalu menarik kasar tangan El yang bebas supaya bangun.

"Terkejutlah Izzan" marah El selepas mencampak telefon pintarnya di atas katil.

"Sorry sorry. Sekarang ni kau nak aku buat sarapankan?" El mengangguk dengan wajah polos.

"Boleh tapi kau kena teman aku kat dapur, jom"

"Kita pergi dapur sambil berlari nak?" El mengangguk laju. Dah lama tak buat kerja gila ni. Izzan tersengih lalu mencuit hidung mancung El. Tangan mereka digengam erat sesama sendiri.

"Satu"

"Dua"

"Tiga"

El dan Izzan berlari bersama-sama keluar dari bilik menuju ke arah tangga. Rayyan baru sahaja keluar dari biliknya terkejut dengan angin kencang yang menyapa wajah segarnya.

"Uish pengantin baru ni pagi pagi dah lari laju macam cheetah" ujar Rayyan perlahan.

Kini mereka berada di rumah kediaman Datin Marina dan Dato Azman. Keluarga Izzan turut menginap di situ satu hari kerana dipelawa oleh Datin Marina.

El duduk di kerusi lalu menongkat dagu melihat suami memakai apron bercorak kartun itik itu.

"Kau nak masak apa pagi ni?" Izzan langsung tidak terasa hati dengan bahasa Isterinya itu.

"Pancake"

"Izzan buat pancake untuk Izzan dengan Aisyah je lah. Untuk yang lain biar mummy buatkan nasi goreng" Tersengih El memandang susuk tubuh Datin Marina yang baru tiba di dapur. Izzan hanya mengangguk faham.

"Dear bangun!!!" Mata El yang mengantuk tadi terus segar setelah menerima jeritan Izzan di sebelah. El menjeling tajam wajah Izzan itu.

"Haa jeling-jeling. Aku sumbat garfu ni dalam mata kau baru tahu" El mencebik dalam diam. Ingat aku takut ke?

"Wah comelnya pancake kau! Ada mata dengan senyumanlah" kata El teruja. Gembira dengan Izzan yang membuat bersungguh-sungguh sarapan begini.

"Makanlah" balas Izzan lalu tangan diletak belakang kerusi El.
El makan tanpa menghiraukan Izzan di sebelahnya.

"Aku nak sikit boleh?" soal Izzan sambil mengangakan mulut. El menyuap pancake yang sudah dipotong kecil itu masuk ke dalam mulut Izzan. Mereka makan berkongsi tanpa sebarang gangguan kerana yang lain bersarapan di meja besar di hujung dapur itu.

El membasuh pinggan menggunakan cecair sabun jenama Sunlight. Izzan menghampiri isterinya lalu memeluk pinggang El perlahan.

"Aku rasa malaslah nak kerja" El sudah siap membilas pinggan kemudian memusingkan badan menghadap Izzan.

"Encik buaya kesayangan aku ni tak takut ke pekerja encik buaya kat sana merindui sakat, gurauan, kata-kata manis kau tu?" Izzan tersenyum membentukkan lesung pipitnya di sebelah pipi kirinya itu.

"Ala biarlah diorang, stock aku kat sini lagi cun lagi aku sayang manyak manyak" Terbuntang mata El mendengarnya lalu memijak kuat kaki Izzan.

"Aww!"

"Padan muka. Kecik-kecik tak nak mampuih besar-besar sakitkan hati orang je kerja!" El melangkah naik ke bilik tidurnya.

Keluarga angkat El dan keluarga Izzan memandang sesama sendiri apabila mendengar pertengkaran kecil itu.

"Sorry semua, Izzan masuk dulu eh? Nak pujuk bidadari tanpa sayap Izzan kat atas tu" Mama menggelengkan kepala. Bukan dia tidak tahu, ni pasti kerana mulut anaknya itu.

"Oh by the way, El dah sembuh dah. Ingatan dia dah pulih. So korang semua jangan terkejut dengan kata-kata kasar dia tadi. Bye!"

Aara memberikan senyuman suka kepada Anaqi yang memandang ke arahnya.

"El dah ingat awak! Saya happy!" jerit Aara perlahan. Anaqi merangkul bahu Aara lalu mengangguk tanda mengiakan kata-kata Aara itu.

×××

"Aisyah Elmaira!!"
"Aara Elina!!"

El dan Aara berpelukan. Aara mula menangis teresak-esak.

"Eh kau ni daripada dulu lagi asyik nangis je tahu sama macam anak-anak kau. Ha mana diorang ?" Aara menunjukkan ke arah sekumpulan lelaki. Mata El memancarkan ketakutan membuatkan Aara risau.

"Kau okay ta--" Pertanyaan Aara dipintas oleh Izzan.

"Aisyah Elmaira! Sini kejap" El melangkah perlahan menuju ke arah suaminya. Aara memandang El aneh seperti takut sesuatu. Aara turut mengikuti langkah El memandangkan Anaqi juga ada di sana.

"Aku nak buat pengakuan yang aku dengan Hana yang ugut El supaya jauhkan diri daripada korang" Tergamam semua di situ mendengar pengakuan Nico. El mengeratkan lagi pegangannya pada lengan Izzan.

"Kau ugut dia dengan cara apa?" soal Izzan dingin membuatkan mereka terdiam termasuk Aara.

"AKU TANYA NI JAWABLAH NICO!!" Terangkat bahu mereka menerima jerkahan Izzan. Air mata El jatuh setitis demi setitis.

"Aku takutkan El dengan cuba untuk rogol--"

BUK !

Terlepas pegang El dari lengan Izzan apabila Izzan menumbuk kuat wajah Nico. Nico sudah jatuh terlentang di lantai. Pipinya membengkak akibat tumbukan Izzan itu. El hanya berdiri mendiamkan diri tetapi air mata masih setia mengalir. Semua lelaki di situ menjauhkan Izzan daripada Nico. Aara memeluk sisi tubuh rakannya, cuba untuk menyalurkan kekuatan pada Aisyah Elmaira.
Irsyad dan Zemir membawa masuk anak-anak Anaqi ke dalam bilik tidur mereka.

"LAGI? APA LAGI KAU BUAT DEKAT EL?!" Izzan merentap kedua-dua tangan yang dipegang oleh Anaqi dan Zafran kemudian anak matanya menikam anak mata Nico yang mengerang sakit itu.

"Aku minta maaf"

"Aku buat benda yang sama tiga hari sebelum majlis kau dengan Dario"

BUK!

"Izzan sudah! Aku minta maaf aku yang suruh dia buat semua tu" Izzan memusingkan tubuhnya ke arah bertentangan. Susuk tubuh Hana yang baru sahaja muncul memberi pengakuan telah membuat Izzan semakin berang. Tangannya digengam erat cuba menahan diri untuk tidak menampar Hana yang sudah melampau itu.

Riz meraup wajah kasar. Dia melihat Hana dan Nico bersilih ganti. Keluh dilepaskan.

"Kenapa kau buat macam tu Hana? Cukuplah Hana kau buat Aara ada trauma takkan kau nak buat kawan baik Aara ni trauma juga?" Hana mengigit bawah bibirnya perlahan. Sedar dengan kesilapan lalunya. Matanya mengalirkan air mata deras apabila mengingati perbuatan mak kandungnya sendiri.

"Aku minta maaf" ucap Hana perlahan lalu merenung wajah Nico yang menahan kesakitan itu. Hana mengundur secara perlahan kemudian melangkah ke dapur.

Nico bangun mengejar Hana. Dia tahu Hana mahu buat apa di dapur. Sebelum itu, Nico mengeluarkan ubat cecair dalam koceknya.

Semua menuju ke dapur terkejut melihat Hana mula menyerabaikan rambutnya dengan memegang pisau di tangannya. Nico memeluk erat Hana sambil air mata jantannya jatuh. Luluh hatinya melihat keadaan isterinya yang kembali pulih namun menjadi lebih teruk.

"Semua tak sayang Hana hiks. Semua marah Hana. Umi selalu pukul Hana hiks. Sakit Nico hiks. Hana tak layak bahagia ke hiks?" Riz mengatur langkah ke arah Hana, Nico memberi ruang kepada Riz memujuk adik susuannya. Hana masih lagi nangis teresak-esak dengan memegang pisau.

Riz menekup pipi Hana yang basah memandang anak mata Hana yang berair. Jelas penat dan perit dengan kesengsaraan yang sia dia hadapi selamani. Riz jadi serba salah kerana mempercayai bulat-bulat dengan omongan kosong ibu susuannya itu.

Bahu Hana terselak kerana baju besar pada tubuhnya itu jelas menunjukkan kesan satu garisan panjang. Semua lelaki di situ sempat melihat lalu mengalihkan pandangan. Tergamam mereka melihat bahu Hana sebentar tadi.

El dan Aara terkejut melihat parut baru itu. Bukankah Raihana mahukan anak? Kenapa dia lakukan seperti itu kepada Hana?

Hana mula agresif membuatkan mata pisau itu terkena lengan Riz. Nico dengan pantas memelul erat Hana lalu menyuntik ubat cecair itu. Hana semakin lemah dan tidak sedarkan diri.

"Aku minta maaf semua terutamanya pada korang berdua, Izzan dan El" Nico mencempung Hana keluar dari rumah kediaman Datin Marina itu

Izzan mengeluh kesal. Tangan isteri ditarik supaya mengikutnya naik ke bilik untuk bincang tentang hal tadi. Anaqi sempat menepuk bahu Izzan dan meninggalkan pesanan.

"Bincang baik-baik. Kat bawah ni biar aku uruskan"

×××

El dan Izzan melabuhkan punggung di birai katil. Izzan menekup wajah lalu menarik nafas dan hembus. Tidak percaya dengan tindakan bodoh sahabatnya itu.

El di sebelah sudah meramas jari sesama sendiri dengan air mata kembali mengalir deras. Takut melihat Izzan menjerkah Niko sebentar tadi Baru dia tahu, Izzan lagi garang daripada Anaqi.

Izzan mengerling El yang masih menangis itu.

"Asal tak bagitahu aku semalam pasal benda ni?" soal Izzan dingin. El mendiamkan diri tidak menjawab pertanyaan suaminya.

"Boleh tak lepas ni kalau ada apa-apa yang berlaku pada kau, kau bagitahu aku? Walaupun seekor nyamuk gigit tangan kau tetap kau kena bagitahu aku" El tergelak kecil mendengar kata-kata Izzan. Air mata dikesat perlahan oleh Izzan.

"Yang kau nangis ni kenapa? Tadi kat bawah macam dah berhenti nangis, kenapa?" El mengigit bawah bibir. Takkan nak cakap yang dia takut dengan kemarahan Izzan pula.

"Takut" jawab El sepatah. Izzan merenung wajah basah El. Lama.

"Takut apa?" Sengaja Izzan menanyakan begitu.

"Takut Izzan marah" Izzan menahan senyum melihat El seperti perangai lembut ketika El hilang ingatan itu.

"Ada buat salah ke?" soal Izzan mendatar masih dalam mood mengusik si isteri.

El menggelengkan kepala namun pantas digantikan dengan anggukan kepalanya sebelum bersuara.

"Entahlah" balas El perlahan.

"Saya tak suka tengok awak marah. Takut. Seram macam harimau jantan bersalin" Akhirnya Izzan menghamburkan tawanya. Terhibur dengan perubahan sikap El.

"Kau pernah nampak ke?" El menggelengkan kepala.

"Dah tu macam mana kau tahu harimau jantan bersalin tu seram?"

"Dah nama pun seram, mestilah El tak tengok" jawab El selamba.

"Hm iyelah. Kalau tak suka, tolong jangan buat aku marah boleh?" Laju El menjatuhkan kepala.

"Meh peluk" Izzan mendepakan tangan manakala El lantas memeluk erat tubuh Izzan. Izzan membalas pelukan isteri sambil menggosok lembut belakang badan El.

"Sorry buat kau takut"

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience