Selepas lima hari Hawa mendiamkan diri, pagi ini dia membuat keputusan untuk pergi ke Butik Ralova tanpa membawa teman.
"Selamat datang ke Butik Ralova, ada apa yang boleh saya bantu?"
Hawa memberikan senyuman manis kepada semua pekerja di situ.
"Saya nak jumpa boss awak, dia ada tak?" soal Hawa lemah lembut sambil meramas hujung blouse nya mengawal gugup apabila semua memandangnya lama.
"Cik ni mesti Aisyah Elmaira kan? Saya Laura. Mari ikut saya" Hawa mengangguk lalu mengikuti langkah Laura ke sebuah bilik mewah.
Tiba-tiba pintu dibuka dari dalam, Aara terkejut melihat susuk tubuh El bersama pekerjanya yang digelarkan sebagai kakak iparnya, Laura Hanim.
Laura Hanim merupakan isteri kepada Irsyad Nadiem. Mereka telah mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lepas. Kini Laura sedang menunggu masa kelahiran anak sulungnya sahaja.
"El masuk dulu. Akak nak berehat kat bilik lagi satu ya Rara" Hawa dan Aara mengangguk faham. Laura melangkah pergi dari situ. Irsyad keluar dari bilik mengikuti langkah isterinya yang sarat mengandung itu.
"Jom masuk"
Langkah Hawa terhenti apabila melihat lapan susuk tubuh lelaki. Semua berbadan sasa dipandang dengan mulut sedikit terbuka. Zafran, Zemir, Anaqi, Airil, Faris dan Nico memandang Hawa tidak berkelip. Izzan dan Riz hanya beriak biasa.
"Amboi encik suami, pandang anak dara orang tak berkelip nampak? Yang lain pun sama!" Teguran Aara membuatkan para jejaka mengalihkan pandangan. Wajah Hawa berubah merah kerana Izzan masih merenung dalam wajahnya.
"Okay dengar sini. Kalau Rara bagitahu nama dia, korang jangan terkejut tau" Para jejaka pantas menganggukkan kepala.
"Nama dia Hawa Humai--" Kata-kata Aara terhenti apabila Zemir mula buat perangai.
"HAAA?! Sedapnya nama dia, sesuai dengan muka dia. Comel, lawa, sopan je. Ha korang tengok pakaian dia, tak ketat pun. Ha lagi satu tengok cara dia pakai tudung, bawah dada weh! Macam ni lah ciri-ciri isteri idaman aku"
Pap!
"Dia aku punya gila!!" marah Izzan selepas memukul bahu Zemir yang duduk di sebelah kirinya. Zemir mengerut kening memandang Izzan. Lama.
"Kau punya bukan nama dia Aisyah Elmaira ke?" Kini giliran Aara menyampuk. Wajah Zemir dipandang geram.
"Yes! Itulah yang Rara nak cakap. Nama sebenar dia ialah Aisyah Elmaira. Kawan kita yang hilang tiba-tiba tu" Semua terkejut dengan kata-kata Aara termasuk Hawa. Izzan dan Riz masih beriak biasa. 'Kawan? Ramainya kawan lelaki aku' getus Hawa di hati.
"Ye ke?" soal Zemir masih teragak-agak mahu percaya. Entah kenapa Hawa berasa gementar. Hawa sendiri tidak tahu apa-apa tentang dirinya sebelum koma, jadi mustahil untuk dirinya membuktikan bahawa dia ialah Aisyah Elmaira.
Aara pantas mengambil spek mata bulat yang digunakan masa sekolah dahulu lalu memberikan kepada Hawa.
"Pakai" Hawa memakai spek mata itu. Matanya terkebil-kebil memandang para jejaka dengan wajah polos.
"Ya Allah! El !!!"
Terangkat bahu Hawa dan Aara mendengar jeritan serentak daripada para jejaka. Izzan dan Riz menggulingkan mata ke atas tanda menyampah. Terkejut macam nampak hantu pula.
"Cuba kau tanggalkan spek" Hawa mengikuti sahaja arahan daripada Zemir. Tak berkelip Zemir memandang Hawa.
"Aku punya Mir!" Izzan memberikan amaran dengan menggunakan suara dinginnya. Zemir tersengih memandang Izzan.
Aara menarik Hawa duduk di sofa berhadapan lapan jejaka itu. Suasana menjadi sepi. Entah kenapa mereka merasa janggal dengan gadis yang dikenali sebagai Hawa Humaira ini.
"Kriuk kriuk. Burung lalu"
Senyap.
"Oink oink. Anjing lalu"
Senyap.
"Blup blup. Tepi katak nak lalu" sampuk Hawa geram. Dia tidak suka suasana sunyi begini.
Para jejaka dan Aara menghamburkan tawa apabila Hawa mengikuti tindakan kurang bijak Riz.
"Kenapa kau macam bukan El yang kita orang kenal eh?" Semua terdiam termasuk Hawa sendiri. Hawa menghembus nafas lelah. Dia sendiri tidak tahu apa-apa.
"Yang saya tahu, saya bangun dah ada kat hospital dan Datin Marina yang jaga saya sebagai anak angkat. Datin Marina kata saya koma selama sebulan then saya sedar daripada koma dan disahkan hilang ingatan" Terkejut mereka di situ mendengar kata-kata sopan Hawa. Suara yang digunakan juga halus sahaja. Tidak kasar dan tidak terjerit-jerit.
Terkelu lidah Aara dan Izzan mendengar penjelasan Hawa. Hilang ingatan?
"Tapi kau tahu yang parents kau dah meninggal?" Hawa mengangguk perlahan. Air mata mula mengalir.
"Saya tak tahu nak rasa kesian dengan diri sendiri atau rasa serba salah sebab setiap kali saya ziarah kubur parents saya... Saya tak rasa apa-apa Aara"
"Mummy kata rumah lama saya tu hanyalah rumah sewa jadi mummy amik barang saya yang penting sahaja. Dua tahun Aara, saya tak ingat apa-apa tentang masa silam saya sehingga lah...."
"Saya jumpa Izzan kat KLIA"
Tanpa mereka perasan, Niko memberikan pandangan lain kepada Hawa.
×××
Izzan memeluk tubuh sambil menutup mata. Angin yang menyapa lembut wajahnya dibiarkan sahaja. Mata dicelikkan semula apabila bajunya ditarik oleh seseorang.
"Awak ni bila nak balik? Dah lah stranger tetiba datang sini semata-mata nak teman" gurau Hawa sebaik melabuhkan punggung di sebelah Izzan. Mata menatap buaian yang bergerak sendiri akibat angin semakin kuat. Peluh pada wajahnya dikesat menggunakan tuala kecil.
Kini mereka berdua berada di taman. Selepas sahaja Hawa memberikan penjelasan tentang kehidupannya selepas bangun dari koma, dia memutuskan petang ini untuk keluar joging di taman berdekatan. Kehadiran Izzan secara tiba-tiba itu membuatkan Hawa terkejut.
"Pada kau mungkin aku stranger tapi pada aku tak. Kaulah seseorang yang aku rindu selama ni" Hawa terdiam. Hati sudah berbunga-bunga mendengarnya.
"Bila kali terakhir kau main buaian?" Hawa menoleh ke arah Izzan sambil mengerut kening.
"Kenapa awak tanya soalan macam tu?" Izzan membuat muka apabila soalannya dibalas dengan soalan lain.
"Tak adalah. Aku tengok kau tenung buaian tu macam nak telan je" jawab Izzan selamba. Badannya ditegakkan lalu mengurut belakang tengkuknya.
"Itulah saya dah suruh awak balik rehat, awak tak nak. Sibuk nak teman sayalah takut ada lelaki ngoratlah apalah.Tengok sekarang awak sakit, padanlah muka awak. Degil" bebel Hawa. Izzan menggelengkan kepala sambil tersengih.
"Awak sengih-sengih ni kenapa? Tak nampak ke saya marah ni? Haa marah tau, nampak tak?!"
Izzan tergelak kecil apabila Hawa cuba untuk membuat muka garang tetapi gagal.
"Stop doing that face" Izzan memberikan amaran kepada Hawa. Dia tak tahu ke yang dia lagi comel kalau buat macam tu haih. Parah betul.
"Why?" soal Hawa ingin tahu. Izzan mendekatkan bibirkan pada telinga Hawa yang ditutupi tudung sarung itu.
"Because you look as cute as a kitten. Kau buat aku rasa macam nak terkam kau sekarang ni. Meow"
BERSAMBUNG...
Share this novel