Chapter 8

Romance Series 5083

Pap!
Pap!
Pap!

"Sakitlah Aisyah!" Terhenti pukulan Hawa pada lengan Izzan. Setahunya rakan sekolahnya memanggilnya El bukan Aisyah. Dia tahupun daripada Aara Elina.

"Lah panggil Aisyah terus terkaku? Terkedu? Terkelu? Ter--" Hawa pantas memintas kata-kata Izzan.

"Terlempang nak?" Izzan menggelengkan kepala dengan mengangkatkan separa bahu tanda mengalah. Dia kembali menyandarkan tubuh sambil memejam mata menikmati udara yang segar dari orang sebelah. Busyuk masyam!

"Izzan. Saya nak tanya awak sesuatu ni"

"Ha tanyalah. Kaunter pertanyaan untuk Aisyah Elmaira sentiasa dibuka" jawab Izzan tanpa membuka mata. Hawa mencebik mendengarnya.

"Macam mana awak boleh sukakan saya?" Izzan hanya mendiamkan diri. Hawa mengeluh perlahan.

"Lah baru diam sekejap dah mengeluh. Kau dah rindu nak dengar suara aku eh?" Hawa memandang Izzan tajam. Orang tanya betul-betul dia main-main pula.

"Tak apa nanti aku spam voice note kat whatsapp okay" Hawa menjeling Izzan yang sedang memandangnya itu.

"Dah lah saya nak balik! Malas nak layan buaya darat macam awak!"

Izzan pantas bangun mengejar langkah laju Hawa itu.

"Hawa Humaira!"

Hawa memekakkan telinga sahaja.

"Aisyah Elmaira!"

Izzan melihat Hawa mengabaikan panggilannya membuatkan idea nakalnya muncul.

"Aisyah sayang! Berhentilah sekejap! Penat abang nak kejar langkah sayang!" Langkah Hawa terhenti sambil membuntangkan mata menoleh belakang. Izzan menghampirinya.

"Gilalah awak ni! Kenapa awak libatkan saya dalam hal ni? Malulah orang pandang" Tergelak besar Izzan melihat Hawa menghentak kedua-dua kaki berkali-kali. Mata-mata yang memandang gelagat mereka berdua ada yang tersenyum, ada juga yang memandang jijik.

"Esok aku ada suprise untuk kau. Aku rasa malam ni kau baru tahu suprise tu. Harap kau terima dengan hati yang terbuka"

Seorang lelaki memandang susuk tubuh seseorang yang dia cintai itu dengan penuh teruja.

"You sayang I kan?" Lelaki itu laju mengangguk. Wanita itu tersenyum sinis dalam diam.

"I nak you buat apa yang I suruh sebelum ni okay?" Lelaki itu menjatuhkan kepala sekali lagi. Dia sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan secebis cinta daripada orang yang dia cinta.

"Welcome to the hell El"

×××

Hawa menonton televisyen sambil mengunyah gula getah. Susuk tubuh Dato Azman yang baru sahaja turun dari tangga dipandang hairan. Jam dinding dikerling.

10:00pm

"Daddy tak tidur lagi?" Dato Azman menggelengkan kepala lalu memandang lama wajah Hawa.

"Kenapa daddy pandang Hawa macam tu?" Dato Azman mendiamkan diri seketika. Tidak tahu mahu mulakan dari mana.

"Esok pagi keluarga Izzan datang rumah untuk meminang Aisyah. Esok juga dikirakan majlis tunang Aisyah" Hawa memandang wajah tidak berkelip. Kenapa secara tiba-tiba?!

"Daddy tahu Aisyah kenal Izzan, Izzan sendiri jumpa daddy bagitahu daddy semua pasal perkenalan Aisyah dengan dia sebelum daddy balik rumah petang tadi" sambung Dato Azman. Mata Hawa mula bergenang.

"I need time daddy. Tak bolehlah tiba-tiba suruh tunanglah suruh kahwinlah suruh nikahlah. Hawa sendiri belum kenal diri Hawa yang sebenar" Dato Azman pantas bersuara.

"Disebabkan itulah daddy suruh Aisyah tunang dengan dia. Ikutkan daddy mahu korang kahwin je terus. Aisyah boleh fikir dari arah positif tak? Dia boleh bantu Aisyah kenal diri Aisyah lagipun kawan baik Aisyah dulu kan kakak ipar kepada Izzan and stop calling you as Hawa Humaira. Your name is Aisyah Elmaira not Hawa Humaira. Hargai sikit nama yang diberikan oleh keluarga kandung Aisyah" Air mata mengalir laju apabila Dato Azman tidak memihak padanya seolah-olah setuju untuk memulihkan ingatan Hawa dengan cara berkahwin. Tapi kenapa mesti kahwin?!

"Macam mana kalau lepas ingatan Aisyah pulih, Aisyah dah tak ada perasaan dekat dia?" balas Hawa perlahan dan mula menggelarkan dirinya sebagai Aisyah.

Dato Azman mengurut kepala perlahan. Perempuan ni memang ada je kan jawapan dia? Cuba terima dengan hati yang terbuka sahaja.

"Trust me. Kalau ada jodoh, Aisyah elak macam mana sekalipun dia tetap akan bersama dengan Aisyah juga"

Izzan merenung kosong skrin telefon pintarnya. Tiba-tiba skrin telefon bernyala kerana menerima panggilan daripada My Dear. Aisyah Elmaira. Panggilan diangkat.

"Hello! Apa awak buat ni Izzan Aysar?! Kenapa tak bincang dengan saya dulu?! Kenapa awak suka ikut kepala awak je haa?!" Izzan hanya menadah telinga pasrah apabila disembur oleh My Dear walaupun dia agak terasa dengan ayat terakhir itu.

"Aku cuma buat apa yang patut aku buat dua tahun lepas tapi masa last paper spm kau reject aku. kau cakap kau cuma anggap aku hanya crush. Aku ulang, kau cuma anggap aku hanya crush! Kau ingat perasaan lelaki ni boleh buat main-main ke? Perempuan je nak kena jaga perasaan dia elok-elok? Habis lelaki ni apa? Hello Aisyah Elmaira, batu kalau kena hempas banyak kali pun akan berkecai juga tau!" Terdiam Aisyah Elmaira.

"Aku tunggu kau selama dua tahun ni boleh tak kau hargai apa yang aku cuba buat ni? Aku tahu kau tak ingat apa-apa. Jadi kalau tak tahu jangan buat palatau nanti orang tau yang kita tak tau. Faham?! Dah lah bye! Assalamualaikum dear, jumpa esok"

Panggilan dimatikan serentak air mata jantan Izzan jatuh. Terasa. Sakit hati. Perasaan kecewa. Fikiran negatif semua sudah menyelubungi diri.

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience