Di pagi hari yang indah itu, senyuman Hawa ditemani dengan burung berkicauan di luar rumah.
"Hai! Saya Hawa Humaira telah bersedia untuk berjumpa dengan Cikgu Syasya"kata Hawa sambil memandang cermin dengan ceria. Lilitan tudung shawl dikemaskan.
"Hawa! Turun sekarang. Cikgu kamu dah sampai ni"jerit Datin Marina dari bawah
Hawa terus berlari keluar dan menuruni tangga dengan laju apabila melihat susuk tubuh Cikgu Syasya lalu memeluk erat tubuhnya. Happy!
"Good morning Hawa. How's your day going?" Hawa merungkaikan pelukan terlebih dahulu.
"Okay je. Masih cantik. Masih mulus lagi" jawab aku selamba membuatkan Datin Marina dan Cikgu Syasya menghamburkan tawa.
"Jemput makan cikgu" ucap Datin Marina lembut. Hawa dan Cikgu Syasya mengambil tempat duduk. Kami menadah tangan lalu membaca doa makan. Karipap sardin diambil kemudian disuapkan dalam mulut sendiri sebaik sahaja selesai diaminkan.
"Daddy mana mummy? Tak nampak pun?" soal Hawa tentang keberadaan Datuk Azman sekarang. Datuk Azman seorang yang sangat tegas dalam memberikan didikan agama kepada anak-anaknya.
Hawa mempunyai seorang kakak angkat yang bernama Lufya Jasmin. Dia merupakan seorang pemilik butik terkenal setanding Butik Ralova. Yang paling penting, akan bertunang ya tidak lama lagi.
"Dah pergi pejabat dah. Kalau nak tunggu anak-anak dara dia ni bangun, masuk masa makan tengah harilah jawabnya" Tersengih Hawa mendengar sindiran Datin Marina. Aku bangun pada jam 11 pagi je, kira okaylah kan?
"Mummy. Fya gerak dulu ya"
Lufya mendekati kami bertiga sebelum menyalam tangan Datin Marina dan Cikgu Syasya. Lufya sempat mencubit pipi Hawa perlahan kemudian melarikan diri keluar dari rumah.
"Kau ni kak! Kenalah dengan aku balik nanti!"
×××
Ting!
Hawa mengambil telefon pintar lalu membuka mesej itu.
Insha
Weh! Aku bosan!!
Haha jomlah datang rumah aku. Ada Cikgu Syasya ni
What?! Cikgu Syasya?! Lagi 10 minit aku sampai.
Tergelak Hawa membaca balasan dari Insha. Telefon dimatikan.
"Cikgu Syasya, Insha join kita boleh?" Cikgu Syasya mengangguk sambil memberikan senyuman manis kepada Hawa.
Hawa mengambil sehelai kertas A4 yang berada di atas meja bulat itu. Sebatang pensel diambil lalu mengetuk dagu perlahan tanda memikirkan sesuatu. Setelah mendapat idea, tangan mula bergerak di atas permukaan kertas A4 itu.
"Heyyo everyone!"
Insha Haura nama diberi. Hawa mengenalinya sejak bangun daripada koma dua tahun lepas. Macam mana boleh rapat tu, Hawa sendiri tak pasti kerana Insha memang rapat dengan ahli keluarga ini jadi secara tidak langsung Hawa terlibat sama. Dan yang paling penting, umur kami sama okay.
"Assalamualaikum adik manis, mental amankah?" tegur Cikgu Syasya tanpa riak. Insha yang baru menerima teguran itu hanya menayangkan gigi putihnya.
"Waalaikummussalam cikguku sayang"jawab Insha terlebih manis. Hawa memandang Insha tidak berkelip.
"Asal kau pandang aku macam tu? Kau nak aku panggil kau sayang juga eh?" soal Insha selepas mengambil tempat di sebelah Hawa. Hawa memandang jijik pada Insha. Euw!
"Merepek!"balas Hawa ringkas. Hawa menyambung kemaskan lukisannya. Insha mula mengambil kertas A4 dan pensel kemudian meluahkan perasaannya ketika itu dalam bentuk lukisan.
We don't talk anymore~
We don't talk anymore~
Panggilan pantas diangkat dengan penuh sebal.
"Kau nak apa kak? Kacaulah aku nak melukis ni" Kemarahan Hawa dibalas dengan gelak tawa Lufya. Hawa menggulingkan mata ke atas tanda menyampah.
"Teman aku pergi amik bakal abang ipar kau boleh? Aku ada kat luar rumah ni. Cepat!" Panggilan dimatikan. Hawa mendengus kasar. Cikgu Syasya dan Insha tidak berkelip memandang aneh ke arah Hawa.
"Apa tengok-tengok? Ada hutang?!"
Pap!
Meja ditepuk kuat membuatkan Insha tersentak manakala Cikgu Syasya sudah melatah.
"Eh aku nak kahwin tapi jodoh tersekat di tengah jalan!" Hawa dan Insha memandang sesama sendri sebelum menghamburkan tawa. Terhibur dengan perangai Cikgu Syasya yang cepat melatah itu.
Cikgu Syasya menggelengkan kepala sambil mengurut dada. Nak gugur jantung ni woi!
"Eh baru aku ingat. Aku kena ikut kakak aku amik abang ipar aku kat airport ni, kau nak ikut?" Insha menidakkan pertanyaan dari Hawa kemudian Hawa bangun selepas meminta izin kepada Cikgu Syasya untuk keluar. Cikgu Syasya mengangguk lalu mengukirkan senyuman manis sebagai balasan.
Kedua-dua pipi Cikgu Syasya dicium oleh Hawa dan tangan kanan Hawa melambaikan ke arah Insha. Kaki Hawa mula melangkah keluar dari bilik rehat.
×××
Hawa mengatur langkah ke dapur terlebih dahulu. Mata mencari susuk tubuh Datin Marina yang masih tidak kelihatan.
Satu.
Dua.
Tiga.
"MUMMY WHERE ARE YOU?!"
Dapur mewah itu penuh dengan suara lantang Hawa.
"Ya Allah Hawa. Elok sangatlah tu anak dara terjerit macam tertelan sepuluh mikrofon" Hawa memusing ke belakang apabila suara Datin Marina menyapa telinganya.
"Hehe sorry mummy. Hawa nak keluar tau ni. Kakak ajak amik bakal abang ipar" Hawa mengeluarkan jari telunjuk dan jari tengah lalu dibengkokkan sedikit ketika menyebut abang ipar itu.
"Oh yang mat salleh letop tu ke?" Tergelak Hawa mendengar gelaran yang diberikan oleh Datin Marina.
"Ye yang mata biru laut tu" Tersenyum suka wajah Datin Marina mendengar balasan Hawa. Gembira nak dapat menantu lah tu.
"Ha pergi-pergi. Nanti suruh bakal menantu mummy tu singgah sini makan ya. Jangan tak cakap pula Hawa" Hawa laju mengangguk mengiakan sahaja permintaan Datin Marina.
Pin! Pin!
Datin Marina menolak tubuh Hawa perlahan dan kembali bersuara.
"Keluarlah cepat. Kesian bakal menantu mummy kepanasan kat sana"halau Datin Marina secara halus. Hawa mencebik lalu menyalam tangan Datin Marina kemudian melangkah keluar dari rumah.
BERSAMBUNG...
Happy reading!
Share this novel