BAB 3

Romance Completed 3920

Ya Allah! Takkanlah suami aku gay atau pun mati pucuk? Tiba-tiba terdetik dalam hati Rora akan hal itu sebab Rora ini bukannya tak ada rupa.

Wajahnya halus mulus dan tubuhnya cukup menggoda dan menjadi dambaan setiap wanita untuk memiliki tubuh sepertinya. Pendek kata dia punya pakej lengkap untuk menhadi seorang model hatta pramugari sekalipun.

“Rora oii...dah kenapa kau ni asyik berangan tak sudah-sudah. Dah rindu dengan laki ke? Lain kali kalau nak balik kampung, ajak dia sekali. Taklah macam pungguk rindukan bulan, menung sana, menung sini, rileklah biar rindu lama sikit pada suami.” Sembur Zati terus membebel tanpa disedarinya air mata Rora sudah berlinang.

Kalau ada suami di sisi tapi bagaikan tiada, lebih baik langsung tak ada. Bisik hati Rora lalu cepat-cepat dia kesat airmatanya.

“Jomlah..pergi bersiap. Teman aku pergi tengok Anis dengan anak –anak dia. Mana tahu, berjangkit pula dengan kau selepas ini.” sambil mulutnya berceloteh, Zati sudah bangun dan menarik Rora untuk bangun sama.

Usai seminggu bercuti di rumah ibunya, Rora pulang semula ke rumah mereka dan kali ini dia memasang harapan agar kali ini suaminya akan merinduinya lalu melepaskan segala dendam rindu itu dengan melayan dia seperti isterinya.

Dia bukan gersang dan sangap namun dia mahu menjadi isteri dan ibu selayaknya setiap wanita yang sudah berkahwin.

“Abang, ayuh makan.” Rora mamanggil suaminya yang sedang menonton tv di ruang tamu.

Malam ini malam jumaat, Rora sengaja memakai baju tidur satin yang agak jarang untuk memikat suaminya itu.

Arfan bangun dari sofa dan menuju ke dapur tapi sebaik saja melihat Rora yang kelihatan agak seksi, jantung Arfan terus berdegup kencang. Wajahnya merah padam.

Serta merta dia melangkah berpusing ke ruang tamu semula lalu mencapai kunci kereta yang tergantung di belakang pintu dan memandu keluar dari rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience