BAB 2

Romance Completed 3920

Adakalanya pernah terdetik di dalam hati Rora, apakah kisah sepertinya pernahkah wujud di dunia realiti?

Dia mahu tahu siapa yang berkongsi nasib yang sama dengannya. Apakah ada solusi dan bagaimana mereka mengatasinya?

“Rora..oo.. Rora …” Rora tersedar daripada lamunan bila dia terdengar

namanya dilaung seseorang.

“Berangan apa tu Rora oii?” Rora sudah tersenyum bila pemilik suara

sudah melabuhkan punggungnya duduk di sebelah Rora.

“Oit..bila kau balik? Tak cakap awal pun. Rora Kau nak pergi tengok Anis tak? Dia dapat anak kembar tau. Alang-alang kau dah balik ni, jomlah kita pergi jenguk dia.” Ujar sahabatnya Zati sambil mengusap perlahan perutnya yang semakin membesar.

“Anak kau dah nak masuk dua oranglah kan? Dah berapa bulan ni? “ soalan Zati, Rora belum jawab, malahan dia pula bertanyakan Zati soalan.

“Aku dah hamil enam bulan. Kau tu Rora, bila lagi? Anis yang kahwin selepas kau pun dah beranak tau.” Soal Zati. Rora menarik nafas dan melepaskan nafas perlahan. Sentuh pun tak pernah, macam mana nak mengandung? Namun dia hanya mampu mengucapkannya di dalam hati sahaja.

“Nak buat macam mana. Belum ada rezeki kami lagi. Tunggu jelah” lain yang lahir di dalam hati, lain pula yang diungkapkan dibibirnya.

“Rora, kawan aku ada jual tonik kesuburan. Kau nak cuba tak? Ramai dah yang cuba, berkesan. Kau cubalah, mana tahu, ada rezeki melekat.” Zati cuba memujuk Rora supaya membeli tonik kesuburan sedangkan Rora sudah mendengus geram.

Macam nak cerita saja masalah rumah tangganya kepada Zaty tapi dia tak berani. Mustahil Zaty akan percaya. Mana ada kucing akan tolak ikan? Kecualilah kalau suami dia tu sebenarnya GAY!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience