BAB 5

Romance Completed 3920

Dah..bangun solat!” Mak Donna bersuara lantang. Ikutkan hati mahu saja dia berdekah tak ingat dunia ketawa tapi tak sampai hati pula tengok Rora yang beria-ia menangis sampai basah bantal jadinya.

“Hah? Apa mak? Rora belum nikah ya mak? Eh, Anis anak pak Seman tu dah beranak ke belum mak?” demi mendengar pertanyaan Rora, mendengarkan saja kata-kata anaknya itu, mak Donna terus menjotos kepala anaknya itu.

“Kau ni khayal tak habis lagi ni? ANis tu kan baru saja putus tunang.Beranak apanya?” Rora mengecilkan matanya. Teringat pula dengan Zati sahabat baiknya sejak kecil.

Eh apa kau lupa ke Rora, Kan Si Zati tu dah ikut suami dia belajar kat London tu. Baru bulan lepas aku hadir ke majlis perkahwinan mereka siap jadi pengapit lagi.

Aduh rupa-rupanya aku bermimpi saja tadi. Rora yang baru tersedar dari alam mimpinya yang panjang mengelap air matanya yang masih bersisa dengan kasar, dia juga bagai mahu tergelak dengan kejadian yang menimpanya ini.

“Jadi Rora belum nikahkan mak?” Rora menyoal soalan bodoh kepada ibunya.

Terbuntang mata mak Donna mendengarnya.

“Kamu tak puas lagi ke nak kena jotos. Dah...bangun solat maghrib. Melayan fiil gila kamu ni, boleh terbabas maghrib mak.” Mak Donna berkata sambil bangun dan meninggalkan Rora yang masih terpinga-pinga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience