BAB 4

Romance Completed 3920

Berderau darah Arfan melihat penampilan isterinya itu. Bukan dia tidak bernafsu. Dia ingin, dia teringin tapi dia segan setiap kali berhadapan dengan Rora.

Dia beruntung dapat isteri cantik macam Rora namun sebenarnya dia tak dapat mengawal satu rasa dalam jiwanya. Darah gemuruh yang menyerbu naik ke muka setiap kali dia bersama dengan Rora.

Dia malu dan turut menjadi kaku. Dia hendak namun saat itu jugalah dia merasa bagai ada rama-rama di dalam perutnya, dia menjadi cuak dan gabra. Dia sebenarnya sudah tak tertahan dan letih melawan rasa.

Sementara Rora di rumah pula sudah menangis hiba. Esak tangisnya menjadi-jadi setiap kali terkenangkan nasib diri yang sudah bersuami tapi terpaksa menjeruk hati apabila dia tidak disentuh langsung ibarat dia ini jijik di mata suaminya.

Dalam kesedihan yang melampau Rora masuk ke dalam bilik dan merebahkan tubuhnya. Dia cuba memejamkan mata agar dapat melupakan semua masalah yang membelenggu jiwanya.

Akhirnya Rora terlena bersama air mata yang bergenang laju di pipinya. Dalam tidurnya Rora bermimpi dia berada di mahkamah untuk memohon cerai daripada Arfan kerana sudah tidak tahan lagi menanggung beban di jiwa.

Rora menangis tersedu-sedu di dalam mimpinya. Kerana dia tidak mahu mengakhiri perhubungan yang sudah terjalin ini, apa kata keluarga dan teman-temannya?

“Rora ….bangun Rora. Anak dara ni, maghrib- maghrib ni boleh pula dia membuta.” Mak Donna menepuk perlahan belakang Rora yang sedang menangis teresak-esak.

“Mak, Rora nak bercerai mak. Rora dah tak tahan mak. Rora tak sanggup lagi tinggal dengan abang Arfan mak. Rora nak bercerai…” ucap Rora sebaik matanya terpejam dan seraya itu juga dia memeluk erat ibunya.

“Hoi anak dara! Kau ni dah kenapa Rora ? Nikah pun belum, tau-tau nak bercerai. Mimpi apa ni? Ituulah, maghrib-maghrib boleh pula membuta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience