BAB 1

Romance Completed 3971

Lama Rora mengelamun di serambi rumah ibunya. Dia menatap calendar pada telefon bimbitnya, hari ini sudah genap 365 hari dia bergelar isteri kepada Arfan, lelaki yang menjadi suaminya lewat jodoh yang ditetapkan oleh kedua orang tua mereka yang sudah memadankan mereka sedari kecil lagi.

Seperti orang lain, sudah tentu pada awalnya Rora menolak permintaan tersebut kerana dia tidak mengenali siapa Arfan dan sebolehnya dia mahu menentukan sendiri siapa jodohnya,

Namuns elelpas puas dipujuk, dia akhirnya akur menerima suaminya itu. Siapapun suaminya itu, dia akan menerima segala kelebihan dan kekurangan kerana dia tahu manusia tiada yang sempurna.

Namun, sekuat mana kita rasa mampu menghadapi segala perancangan Allah itu, jika Dia belum berkehendak memberi kita sesuatu maka walau apa jua pun cara yang kita usahakan, jika belum sampai masanya ia takkan berlaku jua seperti yang Allah tentukan kepada Rora yang sehingga kini masih dara. Argan sama sekali tidak pernah menyentuh dirinya.

Dia merasa hairan dan pelik mengenangkan sikap suaminya itu, nak dikata dia tak suka, dia juga tak nampak sikap Arfan yang membecinya malah Arfan sering saja melayannya dengan penuh lemah lembut dan tersenyum seakan terpukau padanya.

Ada saja cara Rora agar suaminya itu mendekatinya. Pernah sekali Rora cuba mengoda Arfan dengan memakai baju tidur seksi saat Arfan berada di bilik namun bingkas sahaja Arfan kelam-kabut meluru keluar bilik membuatkan Rora menjadi malu.

Rora menarik nafas panjang. Mengingati saat-saat dia bersama suaminya itu membuatkan hatinya bertambah pilu.

Terdetik di hatinya memikirkan apakah suaminya itu mempunyai orientasi seksual yang berlainan namun saat dia merasa berdosa dengan sangkaan itu cept-cepat dia hapuskan fikiran negative itu dari mindanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience