BAB 7

Romance Completed 3920

“Sayang.. sudah, berhenti berangan lagi. Ayuh lekas bersiap. Kita solat sama-sama. Abang nak mandi dan ambil wudhuk dulu. Sayang bersiap cepat ya.” Kata-kata suaminya itu menyedarkan Rora. Dia tersenyum dan serntak dengan itu juga dia memanjatkan rasa syukur.

“Mujur suamiku ini bukan macam siput sedut slow dan pemalu seperti yang aku mimpi. Simpang malaikat 44 kalau dapat suami macam tu. Terima kasih Allah!”

“Rora Sayang...dah subuh. Bangun solat sayang.” Arfan menepuk-nepuk tubuh Rora perlahan. Mata Rora celik dan dia tersenyum bahagia serasa dialah wanita paling terbahagia.

“Eh abang dah mandi?” sempat Rora menyoal bila melihat Arfan sudah

berpakaian kemas.

“Dah..lekaslah bangun. Kita berjemaah. Abang tunggu sayang kat bawah tau.” Ujar Arfan membelai lembut rambut isterinya.

“Sayang,” panggil arfan lagi.

“Apadia bang?” jawab Rora.

“Jangan lupa mandi wajib pula.” sempat lagi Arfan mengusik Rora sambil

ketawa nakal penuh makna. Rora tertunduk malu dengan wajah yang sudah merah padam namun jauh di sudut hatinya dia sangat bersyukur kerana suaminya itu bukanlah lelaki ‘siput sedut’ sebaliknya Cheetah yang pantas bertindak dan faham nalurinya. Sekurang-kurangnya dia bukanlah suami yang teruk macam dalam mimpiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience