BAB 16

Romance Completed 16321

~Apa yang aku dah buat ni!!~

Kami sampai di hospital hampir senja.Kasihan kak Mai.Tengah membilang hari untuk majlis nikahnya aku tak sudah-sudah buat hal.Kami menuju ke wad yang menempatkan sesusuk tubuh yang hampir hilang nyawa gara-gara kenakalan ku.Taubat aku lepas ni!

Kami memberi salam.Hampir saja aku tidak bergerak kalau kak Mai tak tarik aku paksa masuk sekali.Ramainya!Glupp!!

' Melora.Sediakan kepala sebab sikit masa lagi kau bakal kena pancung dengan keluarga si mangsa!'Erk??

''Masuklah..''Kedengaran suara lembut mempelawa kami masuk.Aku tidak berani mengangkat kepala.'Tahu takut'!!Haiss.

''Umi..Kami datang ni nak minta maaf..''Kak Mai memulakan mukadimah.Aku sudah tidak tentu arah.Dup dab dup dab!

''Tak apa Mai..Benda dah nak jadi.Kalau kita tahu memang nak elak pun..Umi tak salahkan sesiapa pun dalam hal ni.''Aku terus pandang wajahnya.Dia senyum sahaja.Tapi aku dah mula keliru di sini.Apasal mak cik ni macam dah kenal sangat dengan kak Mai??

''Ni mesti adik Mai..Ira ya?''Aku hanya menganggukkan kepala saja.Blurr masih tak tinggalkan aku.Eh silap.Tak habis-habis aku dilanda BLURR!!Apa kes?

''Ira..Ni mak su abang Is..Datin Rihanna.''Oo..Baru ku tahu.Dengan langkah yang berat aku bergerak menyalami wanita yang sibuk berbual dengan kak Mai sejak dari tadi.

''Maafkan Ira Datin..''Mak aii!Apa kes peluk-peluk ni.Tak marah ke Datin ni dengan aku yang dah mengakibatkan ahli keluarganya ditimpah kemalangan?Aku cari juga siapa yang terlantar di katil hospital tapi tiada!Jadi siapa yang terlantar dan siapa yang melawat ni??Jangan-jangan..Aku mulai tidak sedap hati.

''Panggil Umi saja Ira..Tak payah nak formal sangat.Tak lama pun kita nak jadi ahli keluarga dah..''Datin Rihanna menepuk-nepuk bahu ku perlahan.Semakin rasa bersalah aku dibuatnya.

Tanpa dapat ditahan lagi,''Maafkan Ira Umi..Ira tak sengaja.Ira..''Aku sudah tersedu-sedu.Ya Allah..ampunkanlah hamba mu yang berdosa ini.Airmata ku sudah tidak terbendung.Betapa aku sudah menyebabkan nyawa yang tidak berdosa melayang..

''Ira..Kenapa ni..Sabar Ira..Bawa mengucap..''Semua sudah cemas dengan tangisan ku.Aku sudah tidak bermaya..Hampir saja aku terjelapuk di lantai kalau kak Mai dan Umi tidak tangkas memaut tubuh ku.

''Ira!!Kenapa ni?''Aku hanya mampu menangis dan menunjukkan kepada katil yang kosong.Aku tidak sanggup untuk meluahkan kata-kata itu..Betapa berdosanya aku.Bagaimana harus ku tebus dosa ini Ya Allah..

Lama mereka terdiam dan aku masih juga menangis.

''Takkan Ira..''Umi sudah tersenyum-senyum.Aku bertambah-tambah sedih.'Umi dah tak betul kut.Apatah lagi lepas salah seorang ahli keluarganya sudah 'tiada'..'Tangisan ku terhambur lagi.

''Ira..Riz tak apa-apa Ira..Dia cuma keluar sekejap..''Terus aku terdiam.Mula mencari satu-satu wajah yang ada di depan ku untuk menagih jawapan..Dan semua menganggguk-anggukkan kepala masing-masing sambil tersenyum-senyum.

''Jadi yang tu..''Aku menunjukkan katil yang kosong tanpa penghuni.Cuba mencerna maksud senyuman yang tersunging di wajah masing-masing.

''Ya Allah..Malunya aku!!'Semua sudah tergelak-gelak.Aku sudah mahu teresak balik menangisi keterlanjuran ku 'menembak' situasi sebenar.''Ibu..Ira malu!''Dan kata-kata ini hanya mampu aku jeritkan di dalam hati saja.

Setelah keadaan agak redah aku diperkenalkan dengan empat pasang mata yang berada di wad selain aku dan kak Mai.Aku hanya tunduk saja dengan suami mak su abang Is, Dato' Firash.Farisya Rania sepupu abang Is dan tunangannya Fahim.

''Saya minta maaf Dato' Datin..Kalau tadi saya hati-hati tak adalah jadi macam ni..''Aku masih takut-takut dengan penerimaan keluarga ini.Manalah tahu kot-kot saja nak jaga hati kak Mai kan?Glupp!!Berdosa kau Ira.Suka sangat berprasangka buruk!Erk??

KREKK!!

Kedengaran pintu bilik wad ditolak dari luar.Aku sudah terkedu.Mesti ini dia.Kalau sudah pakai baju hospital tu siapa-siapa yang tengok pun tahu.Aku senyum dan..DUSS!!Hampir aku pitam dengan pandangan matanya yang maha menusuk kalbu.

Kalau pandangan jelingan ala-ala manja begitu tak apa juga.Boleh juga aku balas balik dengan pandangan yang malu-malu gitu.Ini tidak!Jelingannya boleh dikategorikan sebagai 'tahap membunuh'!!Sikit lagi aku jadi arwah kalau macam ni!

''Ira..Inilah anak Umi,Fais Rizqin..''Aku diperkenalkan dengan 'mangsa' kecelakaan siang tadi.Aku senyum tapi dijelingnya aku.Cis!Jenis tak boleh dibuat kawan ni.Garang semacam.Mengalahkan nenek moyang singa pun ada.' Melora..Dah sah-sah salah sendiri.Nasiblah!'Haiss!

''Sa..saya datang nak minta maaf..''Dup dap dup dap.Aku cuba kumpulkan segala kekuatan yang ada untuk bersuara.Sudah terang lagi bersuluh,dah sah-sah salah aku.Jadi tak salah rasanya kalau aku tebalkan muka nak minta maaf kan..Glupp.

''Awak kalau tak nak hidup boleh tak cari tempat lain!Apasal malang sangat saya ni sampai kereta saya boleh hancur sampai macam tu sekali..!Sa..''

''Riz..Umi tak ajar anak Umi kurang ajar!Cuba cakap elok-elok dengan Ira..Kan dia dah minta maaf tu.''Datin Rihanna sudah menegur anak terunanya.Telinga aku pun sudah kembang semacam menerima herdikan dari jejaka tampan depan aku ni.Tampan??Aku tarik balik!Dah tak tampan lepas dia hambur aku tanpa belas kasihan tadi.Aisemen!

''Maafkan anak Umi ni Mai..Ira..''Aku mengelengkan kepala.

''Tak apa Umi..Memang salah Ira pun..''Tubir mata sudah hangat semacam.Janganlah nak 'banjir' dalam ni pula.Kang tak pasal-pasal aku lari menyorok.Lagipun kalau aku menangis memang buruk sangat.Abah cakap.Kak Mai pun cakap kalau aku nangis tak comel langsung!

''Tahu tak apa..!!''Hiss.Dia ni kan!'Ibu..Jahatnya manusia depan Ira ni'.Dah aku tebalkan muka datang sini nak minta maaf boleh lagi dia reject maaf aku macam tu saja?Dasar hati batu!'Padan muka kamu Ira.Siapa yang cari pasal!'Haiss!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience