BAB 3

Romance Completed 16321

Setelah mengambil kira segala tambah,tolak,bahagi,campur dan darab.Tambah dengan campur bukan sama ke?Aduh!!Abaikan soalan yang tidak penting dulu! Dan setelah mempertimbangkan segala kemungkinannya,baik buruknya . Untuk mendapatkan kepastian atau kesahihan 'benda' tu..Akhirnya aku buat keputusan untuk mendekati saja benda yang aku rasa sebagai 'badan manusia'..

''Tapi..betul ke tidak tindakan aku ni?Bertindak sorang-sorang tanpa meminta bantuan terlebih dahulu.Apasal laa hari ni langsung tak ada pulak orang yang nak lalu-lalang kat sungai ni!!Macam berpakat je..'' Aku beristighfar dan memohon doa mintak-mintak dijauhkan dari segala musibah!Panik-panik aku pun,aku pergi juga!Peluh dah macam anak sungai dah..Asyik mengalir je dari tadi.

Dengan langkah yang lemah aku dekati.Hati aku semakin pasti.Tapi..Ini bukan bayi laa..Ini 'bapak bayi'!!Badan yang separuh tenggelam dan separuh lagi tersangkut pada akar pokok di tebing sungai aku amati.Namun sukar untuk aku melihat wajahnya kerana terlindung di sebalik rumput-rumput yang tumbuh meliar di sepanjang tebing.

''Siapalah orang yang buang 'bapak bayi' ni merata-rata!''Sempat lagi aku mencarut!Aku ketuk kepala sendiri.Nak bagi betul balik.Dah jauh betul fikiran aku nie melencong.

''Aahhh..''Sekali lagi aku terlompat 15 cm dari paras tanah tempat aku berpijak.Terkejut beruk aku dibuatnya!Hilang keayuan ku yang tak berapa ayu ni dibuatnya.Sempat lagi aku merapu!

Tapi suara tu..Macam suara orang kesakitan saja?Betul ke suara orang tu?Aku tak pasti juga.Suaranya halus sangat.Tak berapa nak dengar.Hati sudah berbelah-bagi.Tapi memang dah tak ada orang lain langsung yang aku nampak selain aku yang tengah menghadap tubuh kaku nie.Mungkinkah suara tu..

Dengan hati yang tak berapa nak cekal aku turun juga.Nasib la tebing sungai ni airnya cetek.Kalau dalam,mahu 10 kali fikir pun belum tentu aku nak terjun!Aku ni bab-bab berenang bukannya teror sangat.Pembetulan!Bukan tak teror sangat.Tapi tak pandai sangat ataupun langsung tak pandai sebenarnya.Malas nak ngaku..

Lepas turun meredah tebing sungai barulah aku nampak keadaan sebenar.

''Hidup lagi ke?''Aku mendekati tubuhnya.Langsung tiada gerakan.Aku mendekatinya lagi..Pucatnya.!!Aku beristighfar lagi.Panik tahap gaban dah ni..Nak buat apa ni?Nak kendong ke?Memang tak laratlah jawapnya.''Ira..Tenang Ira..Fikir dulu nak buat apa..''
Aku cuba tenangkan diri.Kalau sudah panik apa-apa pun langsung tidak menjadi.Tiada idea yang mahu keluar.Adeh..Aku garu kepala lagi.

Aku jadi was-was!''Tapi betul ke suara dia tadi tu?Macam dah mati je..Encik..encik!!Bangun cik..''Dengan teragak-agak,aku cuba juga untuk menggoncang perlahan tubuh yang kaku tu..Tak ada tindak balas langsung!Aku telan liur.''Salah dengar ke tadi tu?''Petang-petang macam ni bukan boleh pakai sangat!Kang suara tu bukan suara dia cam mana?Seramnya..Tiba-tiba aku rasa menyesal sangat!Kalau aku tak cari pasal,kalau aku tak buat hal.Tak adanya aku nak datang ke sini!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience