BAB 14

Romance Completed 16321

~Rindu kenangan itu..~

Aku sudah berlari lintang-pukang.Langsung tidak menoleh kiri kanan lagi.Redah sajalah.

'' Melora!!''Kak Mai hampir histeria dah aku tengok.Huahaha..(ketawa jahat).Dah lama aku tak buat kerja ni.Hampir 4 tahun aku pencen kacau kak Mai.Dan hari ni aku teringin benar untuk mengulanginya sekali lagi.Lagipun lepas ni aku mungkin tidak berpeluang lagi.Tiga hari lagi kak Mai bakal menjadi isteri orang.Kak Mai juga bakal tinggal bersama dengan keluarga mertuanya lepas ni.

Aku pandang muka kak Mai.Fuyoo..Merah menyala tu!Mesti 'nenek singa' dah naik tinggi darah ni.Hahaha..Terasa kepala ku sudah mengeluarkan 'tanduk'!

''Pulangkan..''Aku tergelak.Ayat yang sama.Rindunya..

''Tak nak..Kalau nak ambillah sendiri!''Aku terus pecut lagi.Kali ni bukan lagi dihalaman rumah tapi sudah beralih ke jalan raya.Cadangnya nak ke sungai terus.Biar bersenam sikit.Hehe..

Mak cik-mak cik yang ada di rumah tadi sudah tergeleng-geleng kepala tengok perangai ku yang suka menyakat kak Mai.Bagi yang baru hendak menjadikan aku calon menantu pun langsung tak jadi kot.Cancel terus nak dibuat calon!Huhu..

Nasib baik abah tak ada.Kalau abah ada bukan kak Mai lagi yang sibuk kejar aku.Mesti abah pulak yang marathon kejar aku dengan parangnya..Haiss!!

Sebenarnya aku saja ingin mencipta kenangan ini sebelum kak Mai sah bergelar isteri.Mungkin selepas ini semuanya bakal berubah.Tiada lagi teman bergaduh selepas ni.Tiada lagi aksi-aksi 'melampau' yang bakal berlangsung antara aku dan kakak aku yang sorang ni.Mestilah selepas ini dia harus menjaga batas pergaulan dan bertindak lebih matang.Takkanlah aku masih nak ajak orang tu bergusti lagi.Mmemang melampaulah kalau aku masih berniat begitu.Hehe..

''Ira..Bagilah balik..''Kak Mai sudah tercungap-cungap.Lupa sebentar yang aku tengah main aksi kejar-mengejar dengan bakal isteri orang ni sikit masa lagi.Kasihan 'bakal isteri' abang Is ni.Hahaha..

''Tak nak!Kalau nak datanglah sini.''Aku angkat tinggi diari kak Mai yang aku culik masa aku kat dalam bilik tadi.Tak sangka betul!Kak Mai masih simpan di tempat yang sama.Kak Mai..Kak Mai.Dah tahu perangai aku macam mana masih juga tak ambil iktibar dari kejadian yang lepas-lepas.Nasiblah!

Tidak sedar kak Mai sudah begitu hampir dengan ku.Tanpa menoleh kiri kanan,aku terus pecut lagi.Tiba-tiba...

''IRA..!!''

Semua sudah berlari ke arah bunyi dentuman yang kuat itu.Aku yang sudah terlantar hanya sempat memandang muka kak Mai yang sudah berubah pucat.Aku senyum..dan tiba-tiba pandangan ku mulai gelap..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience