BAB 7

Romance Completed 16321

Sudah hampir dua bulan berlalu.Abang Ayie atau Aiman masih juga begitu.Langsung tak ingat siapa-siapa.Langsung tiada khabar berita dari pihak polis tentang keluarganya.Mungkin kalau ada kad pengenalan atau sedikit maklumat tentang dirinya senang sikit pihak polis uruskan.Tapi kami menjumpai abang Ayie pun hanya sehelai sepinggang.Pihak polis membuat rumusan,kemungkinan besar abang Ayie nie dirompak kerana langsung tiada pengenalan diri yang ditemui dengannya.Kalau kemalangan pun langsung tiada berita kemalangan yang dilaporkan.Jadi mungkin dia dipaksa lalu dihumban ke dalam sungai hari tu.Ngerinya..

Sekarang kami hanya bergantung harap kepada maklumat polis untuk membantu abang Ayie mencari keluarganya kembali dengan berbekalkan gambar wajahnya saja.Tapi kalau tiada keluarga yang melaporkan kehilangannya,takkan Abang ayie ni anak yatim pulak?Kalau macam tu kesiannya..

''Iraa...''Abang Ayie yang sedang berenang melambai kepada ku.Bukan berenang.Berendam sebenarnya!Lucu pulak.Teringat namanya yang ku beri sempena 'bapak bayi',aku ubah jadi Ayie.Jadi mula dari saat dia tinggal dengan keluarga ku,kami mengelarkannya Ayie saja.Pernah juga dia tanyakan kenapa aku memberikan nama Ayie kepadanya.Alasannya nama Aiman tu sedap.Jadi dia langsung tidak memprotesnya.Tapi kalaulah suatu hari nanti dia tahu..Hehehe..

Tapi kalau mengikut makna nama tu pun memang padan sangat dengannya.Aiman yang membawa maksub berkat ataupun bertuah.Memang pun abang Ayie sangat bertuah kerana masih hidup walaupun dihanyutkan oleh arus sungai.Jadi aku tetap memilih nama itu untuknya walaupun tujuan asal ku hanya mengubahnya sedikit dari 'bapak bayi' kepada Aiman.

''Ira tak nak berenang ke?Jom laa..''Abang Ayie mendesak lagi.Dia ni kan.Agak-agaklah kalau mahu bawa berenang tue.Berkubang adalah.Setakat air sungai ni budak-budak saja yang boleh berenang.Kalau orang dewasa macam dia tu takat berendam boleh laa..Aku geleng kepala lagi.

Masih teringat bagaimana sukarnya abang Ayie menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling asalnya.Mahu tidak mahu abang Ayie terpaksa juga datang menumpang tempat tinggal di rumah ku.Namun seperti kata abah,kami memang kena tolong dia juga.Takkan hendak dibiarkan begitu saja!Lagi pula pihak polis juga tidak dapat berbuat apa-apa kerana kekurangan maklumat.Lagipun sepanjang tempoh ini langsung tiada laporan polis yang dibuat oleh kaum keluarganya.Lagipun kalau kes orang hilang ni biasanya keluarga mangsa hanya akan membuat laporan selepas tempoh 24 jam.Tapi jangankan 24 jam,sudah melebihi sebulan pun langsung tiada khabar beritanya.

Melihat keadaan abang Ayie yang gembira,terfikir juga di hati.Dia ni langsung tak trauma ke dengan sungai ni?Sungai yang sama tempat aku menjumpainya.Pernah juga aku ceritakan tentang keadaannya ketika dijumpai.Ingatkan Abang Ayie akan menjauhi sungai.Tup,tup semakin ligat dengan sungai adalah la!Tapi mungkin betul juga seperti alasannya..Kalau dengan berendam dalam sungai ini mampu memulihkan ingatannya,dia tidak kisah.Mungkin dengan cara ini dapat mengembalikan ingatannya suatu hari nanti.Siapa tahukan dengan izin Allah.Tapi kenapa aku tak gembira pulak?

Kak Mai sudah lama pulang ke asrama.Kak Mai memang geliga otaknya.Dapat pulak tawaran biasiswa melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah.Aku?Lepas habis SPM dua tahun lepas aku cuma duduk kampung saja.Bukan tiada tawaran yang aku dapat,cuma aku tidak sampai hati hendak meninggalkan ibu dan abah di kampung.Jadi aku di rumah tolong ibu mengemas dan memasak saja.Lain-lain masa aku tolong abah di kebun sayur dan kandang kambingnya.

Sejak abang Ayie ada beban abah juga semakin berkurang.Mujur abang Ayie ringan tulang membantu abah.Lagi membuatkan aku bertambah-tambah sayang.Namun begitu,aku cepat-cepat juga mengubur kembali rasa sayang yang mula mengambil tempat di hati ku.''Lysa..''Tidak sedar mulut ku sudah menyebut sebaris huruf yang pernah meniti di bibir abang Ayie sewaktu dia tidak sedarkan diri lagi.Tapi siapa Lysa?Aku tertanya-tanya lagi..

Dari hari ke sehari aku dan abang Ayie semakin rapat.Malah rasa sayang ku pun sudah membuak-buak lalu melimpah ruah sudah tidak terbendung lagi!Tiap kali aku mengingatkan diri,tiap kali itulah juga rasa sayang itu berdegil,enggan menjauh pergi.Seringkali kak Mai mengingatkan diri tapi seringkali itulah juga aku memekakkan telinga.Aku jadi tidak peduli siapa dia dulu,yang penting ialah masa kini.Bukan masa lalu yang langsung tiada kaitan dengan aku!

''Ingat Ira..Abang Ayie engkau tu cuma singgah sebentar saja.Lepas dia dah sembuh,dia tetap akan tinggalkan tempat ni.Mustahil abang Ayie kau tu tak nak jumpa,tak nak cari keluarga kandung dia..Entah-entah dia tu suami orang dan dah jadi bapak orang pun!Ingat pesan akak ni,suatu hari nanti bila masa tu tiba kamu kena siap sedia.Kamu sepatutnya dapat jangka semua ni akan berlaku suatu hari nanti.Cuma bezanya ialah cepat tau lambat saja.Tapi itulah hakikatnya..Pandai-pandailah kamu lepas ni..''Kata-kata kak Mai memang sangat betul!Seumur hidup aku bersama dengan kak Mai,inilah antara kata-katanya yang paling tak dapat aku lupakan.Selalunya aku masuk telinga kanan.keluar telinga kiri saja.Tapi ayat kak Mai yang ini masuk telinga kanan terus ke otak lalu tersimpan kemas di memori ku pulak.Mahu tak teringat terus!

Tapi aku tetap cuba menidakkan hakikat yang sememangnya betul!Kenapa aku mesti pentingkan diri macam nie?Layanan abang Ayie yang bukan setakat layanan seorang abang kepada adiknya juga tidak salah ku tafsir.Renungannya..Bicaranya.Aduhai..Kadang-kandang aku pulak yang bertindak seperti pelarian.Tapi masakan aku bisa menghindar darinya andai kami hidup sebumbung.Nasib baik tidak sebilik.Hehehe..Kalau abah tahu apa yang ada kat dalam kepala otak aku ni,mahu aku tak kena hempuk dengan abah!

Minggu berganti bulan.Sudah hampir enam bulan abang Ayie tinggal dengan keluarga ku.Tanda-tanda untuk dia ingat kembali kisah lalu belum ada juga.Cuma kadang-kadang abang Ayie cakap dia selalu dapat mimpi yang sama.Ada seseorang yang sering muncul di dalam mimpi-mimpinya dan sering memanggil-manggil dirinya dengan melambai-lambaikan tangannya namun wajahnya tidak jelas terlihat.Pernah juga abang Ayie memaksa diri sehingga mengakibatkan sakit kepala yang serius.Aku jadi takut melihatnya.Sungguh aku tidak sanggup melihat dirinya tersiksa dalam berteka-teki mencari diri yang hilang..

Aku tahu,walaupun Abang Ayie selalu cakap yang dia tak kisah dan sudah dapat menerima kenyataan.Namun jauh di sudut hati aku tahu,dia sebenarnya kisah dengan keadaannya.Siapa yng tidak teringin mengetahui kisah lalunya,keluarganya dan apa yang pernah berlaku dulu.Mungkin benar seperti kata kak Maisarah yang dia sebenarnya sudah berpunya.Mesti keluarganya tengah risau sekarang ini.

Ingin saja aku bertanya,kenalkah dia dengan sebaris nama yang sering meniti di bibirnya dulu?Lysa!Ingatkah dia dengan sebaris nama ini?Namun kesudahannya aku tetap tidak mampu meluahkannya.Entah kenapa aku jadi takut dengan bayang-bayang yang tidak langsung aku kenal.Tapi aku tahu,dari awal lagi aku sudah lama tewas!Tapi kenapa aku masih lagi menaruh harapan yang langsung tidak akan memihak kepada ku?Bodohkan..

Bosan!!Kak Mai masih kat asrama lagi.Jadi aku tiada pilihan lain selain tunggu saja geng aku balik dari kebun.Siapa lagi kalau bukan abang Ayie.hehehe..Ibu pulak dah pergi kat kampung sebelah sebab ada kenduri-kendara yang memerluhkan khidmatnya.Dalam erti kata lain,aku terpaksa jadi penunggu tak bergaji di rumah sorang-sorang lagi.Abah tue bukan suka sangat kalau aku pergi kat kandang kambing dia tue.Boleh saja dia halau aku balik sebab nak aku tunggu di rumah.

Lantas ku sarung selipar menuju ke laman belakang rumah.Saja nak beramah mesra dengan pokok-pokok mangga yang sedang lebat berbuah.Boleh juga dibuat acar nanti.Terbayang mangga muda yang masam lagi sedap mengiurkan,aku percepatkan langkah.Kalah-kalah orang yang mengidam pulak.

Sedang aku leka mengutip buah mangga yang baru saja ku jolok dengan galah.Tidak sedar seseorang sudah mendekati lantas ditekupnya mulut ku dengan telapak tangannya.Aku jadi panik,namun rontaan ku sia-sia saja kerana 'DIA' sememangnya lagi berkudrat berbanding badan ku yang bersaiz kecil saja!Tidak putus-putus aku berdoa agar tidak berlaku sesuatu yang buruk.

Aku cuba melepaskan diri namun aku langsung tiada peluang.'DIA' masih memeluk ku dari belakang.Aku cuba bagi dia back hand pulak tapi sia-sia.Macam 'DIA' tahu-tahu saja apa yang aku nak buat.Aku semakin takut!Wajahnya juga masih tidak kelihatan cuma yang aku boleh rumuskan sekarang,penyerang nie adalah seorang lelaki.Aku mencuba lagi,namun tiba-tiba pandangan ku gelap...

Terasa sakit seluruh tubuh ku.Penat yang amat membuatkan mata ku terkatup kembali.Namun sayup-sayup di telinga ku terdengar suara seseorang sedang menangis.Suara siapa kah itu?Semakin jelas..''Ira..Bangun sayang..''Suara itu..Itu suara ibu..Kenapa ibu menangis?

Aku cuba mengagahkan diri untuk membuka mata..''Ibu..''Dalam kepayahan aku bersuara..

''Ira dah sedar?Alhamdulillah...Bang Ira dah sedar!''Abah,ibu dan abang Ayie sedang memandang ku.Aku semakin hairan..Kenapa nie?Muka macam ada masalah besar saja!

''Kenapa nie ibu..Kenapa ibu nangis?''Aku bertambah-tambah hairan apabila ibu mula memeluk ku sambil teresak-esak.

''Ira..kamu dah lupa ke..Apa yang budak Harun tue buat kat kamu!''Aku jadi keliru.Apa kena-mengena Harun dengan semua nie?Nanti..Aku macam baru teringat apa yang terjadi!Sebelum aku tak sedarkan diri,ada seseorang peluk aku dari belakang lepas tue tutup mulut aku dan lepas tue..Lepas tue aku langsung dah tak ingat apa-apa lagi..Takkan ada benda yang..

''Ibu kenapa dengan Ira bu?Apa kena-nengena Harun dengan semua nie??Takkan dia dah??''Aku sudah menangis teresak-esak.Takkan dia dah berjaya buat sesuatu yang aku tidak terjangka!

''Sabar sayang..Ira..Ira dengar sini.Ira jangan risau,semua dah selamat!Nasib baik abang Ayie kamu sempat selamatkan kamu tadi.Budak Harun tue memang dah melampau!''Lalu ibu pun menceritakan apa yang terjadi.

Mujurlah.Aku betul-betul lega!Lelaki jahanam tue tidak sempat berbuat apa-apa.Mesti korang hairankan apa sebenarnya yang berlaku?Aku pun baru saja tahu.

Semuanya terjawap apabila abang Ayie menceritakan semuanya dari awal.Sewaktu abang Ayie pergi rumah tuk ketua untuk menghantar setandan buah pisang yang dipesan tuk ketua.Abang Ayie terdengar perbualan diantara Mail dan Derus iaitu konco-konconya si Harun.Tidak sedar ada yang memasang telinga dengan perbualan mereka.Mereka terus bercerita mengenai niat tidak baik Harun yang ingin membuat onar dengan menodai ku.Lepas tue dia akan menghebohkan kepada orang kampung yang konon-kononnya aku yang cuba-cuba mengodanya dengan tujuan untuk memalukan keluarga ku pulak.

Aku terkedu!Sampai begitu sekali dendamnya kepada ku!Harun..Harun.Mungkin dia tidak puas hati gara-gara aku belasah dia beberapa bulan lepas.Tapi aku bukannya orang gila yang mahu ikut suka-suka hati mahupun mood untuk membelasah orang.Aku cuma memberi pengajaran kepadanya kerana cubaan yang sama!

Aku masih ingat hari itu.Hari yang berul-betul mencipta sejarah!Sewaktu aku dalam perjalanan untuk pulang ke rumah sekembalinya aku dari rumah Aisyah iaitu teman baik ku yang sedang menyambung pelajaran di UITM Sabah.Ketika itu Aisyah sedang bercuti semester.Jadi dia mengajak aku ke rumahnya.Petang itu sempat aku menangkap kelibat harun di sebalik semak,cuba memaksa seorang budak remaja mengikutnya.Mulanya aku tidak sempat mendengar butir bicaranya.Namun semakin aku dekat semakin kuat remaja itu menangis.

''Tolong bang jangan buat saya begini.Saya tak rela..''Aku dengar Harun hampir bertempik kerana dicabar.Aku jadi tidak sabar.Aku cuba mengekorinya.Mahu aku tak pitam nampak Harun sudah macam dirasuk syaitan tiba-tiba menolak gadis itu sampai terbaring di tanah lalu cuba menghimpit badannya!Gadis itu meronta-ronta lalu meminta tolong.Mustahil bagi orang mendengarnya kerana tempat ini agak jauh dari jalan raya dan.Kebetulan yang amat bertuah,mungkin untuk gadis itu kerana aku mengambil keputusan untuk melalui jalan pintas ini yang lagi dekat dengan rumah Aisyah.

Hampir terbeliak biji mata ku.Gadis itu sudah galak menangis.Sudah terbayang di mata ku kalau aku tidak berbuat sesuatu mungkin semuanya akan terlambat.

Lalu aku menapak dan sempat mencari kayu sebesar lengan untuk sebarang langkah berjaga-jaga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience