BAB 9

Romance Completed 16321

Petang itu abang Ayie mengajak ku ke sungai lagi.Abang Ayie nie..Suka sangat lepak kat sungai!Tapi kali ini dia tidak mahu mandi katanya.

Batu yang ku kutip sewaktu dalam perjalanan aku lontarkan ke dasar sungai satu-persatu!

''Ira..Abang..''Aku masih tidak memandang wajah tampannya.Entah apalah 'bapak bayi' nie mahu katakan.Aku tergelak,sudah lama aku tidak mengelar abang Ayie dengan gelaran ini.Tapi kalau mahu di ikutkan sama saja bagi ku.

''Apasal gelak pulak nie.Abang ada buat lawak ke?''Aku tersedar dari leka.Lupa seketika yang aku datang berdua dengannya.Aku pandang wajahnya yang gusar..

''Tak adalah..ok cuba cakap benda yang abang nak cakap sangat tue.Ini tidak..dari tadi panggil nama Ira je tapi langsung tak cakap apa pun..''Aku cuba mencungkil rahsia hatinya.Rahsia hati?Ada semacam satu perasaan halus tatkala ini ku rasakan..Mungkinkah abang Ayie ingin meluahkan rasa hatinya dengan ku?Dan harapan ku semakin besar apabila sudah menjurus kepada rasa hati yang sudah agak lama ingin aku kongsi dengannya.Bahagianya..

'' Melora!Jangan sesekali mencuba untuk terbang tinggi,kelak kalau terjatuh kamu juga yang akan merana!''Suara siapakah itu?Ah suara hati ku rupanya.Ya!Aku harus melupakan angan yang indah untuk dibayang namun sukar untuk ditunaikan ini!Aku cuba mengusir rasa cinta yang seharusnya dari dulu mula tertapak di lubuk hati ini.Sepatutnya dari dulu lagi aku seharusnya tidak sesekali mencuba untuk menyimpan walau secubit pun harapan untuk bersama dengannya.Degilnya hati bila sudah sayang!Aku mengutuk hati ku lagi.Namun aku cuba memujuknya kembali,takut kalau-kalau hati ku merajuk lalu terus meluahkan rasa ini.Habislah!

''Ira..abang sebenarnya..''Naik pening aku dibuatnya.Apasal dengan abang Ayie petang nie?Cakap tergagap-gagap.Terputus-putus.Menguji kesabaran betullah!

''Dari tadi asyik panggil nama Ira je tapi haram sepatah pun tak cakap lagi.Apalah abang nie!Cuba cakap apa benda yang penting sangat nie sampaikan abang Ayie gelisah sangat nie?''Aku cuba berlembut.Kot-kotlah dia ada masalah besar yang hendak dikongsikan dengan aku.Segan kot.

Gusar dengan sikap abang Ayie yang gelisah semacam,aku cuba untuk memujuknya lagi..''Abang ada masalah ke?Nak share dengan Ira tak?Cuba cakap dengan Ira,kot-kotlah Ira boleh tolong.Tak dapat tolong pun sekurang-kurangnya boleh juga ringankan beban abang tue..''

''Ok abang cuba..''Dia senyum tapi masih nampak canggung di mata ku.

''Good.Ok cuba cakap dengan Ira..''Dari berdiri,kami duduk pulak di atas batu dekat dengan tebing.Petang nie taklah sunyi sangat.Ramai pun tidak juga cuma ada beberapa orang budak dalam lingkungan lapan atau sepuluh tahun yang tengah sibuk mandi-manda.

Abang Ayie tarik nafas dalam sebelum bersuara.Sebagai seorang pendengar aku akan cuba untuk menjadi pendengar yang terbaik dan tidak akan menggangu konsentrasinya!Cewahh!!

''Harap apa yang abang cakap lepas nie tidak akan sesekali mengecilkan hati Ira,lagi-lagi membuatkan Ira jauh dengan abang.Abang nak Ira janji dulu.''Itu mukadimahnya.Aku telan liur yang terasa kelat.Macam serius saja.Abang Ayie nie kenapa?Takkan dia..

''Abang Ayie nak pergi mana?Kenapa cakap macam tue pulak''Aku jadi cuak plus takut.Takut dia buat keputusan tingalkan kami pulak.Lagi tepat tinggalkan aku!Gaya dia bercakap macam mahu pergi jauh saja..Terasa murah benar airmata ku saat ini.Murah apabila memikirkan kemungkinan yang dia akan pergi jauh dari hidup ku.Aku cuba untuk untuk bertahan.Tidak mahu dia terkesan dengan airmata yang bakal mengalir sebentar lagi.Aku terus palingkan wajah dari menatap seraut wajahnya.

''Bila masa abang nak pergi jauh nie?Abang belum habis lagi laa..''Ok.Pandai-pandai saja aku merumus.Tengok kan dah termalu sendiri!Tapi aku masih blurr.Jadi apa kes?

''Jadi..Tadi tue..?''Abang Ayie kerut dahi.Tiba-tiba dia sudah tergelak-gelak.

''Jadi yang beriya menangis tadi tue ingat abang nak pergi jauh eh?Alala..ciannya dia.Sayang juga Ira dengan abang nie kan.Sampai sanggup nak mengalirkan airmata untuk abang..''Aduh!Malunya..Mahu menyorok di mana aku lepas nie.

''Mana ada..Ada habuk masuk kat dalam mata tadi.''Cewah!Ayat nak cover malu tue.Entah dia percaya ke tidak.Masak,masak!!

''Iya..Meh sini abang nak tengok habuk mana yang berani masuk kat dalam mata Ira nie..''Aku tepis tangannya yang mula nakal mahu membelek wajahku.

Beriya benar abang Ayie ketawakan ku.Entah apa yang lawak aku pun tak faham!Buang tebiat ke dia nie?Ke dah kena sampuk nie?Tadi bukan main murung lagi wajahnya.Aku jadi was-was jadinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience