BAB 12

Romance Completed 16321

Aku sudah tidak menang tangan untuk melakukan segala kerja-kerja berkaitan dengan majlis pernikahan nanti.Dinding rumah yang dulunya tidak bercat kini sudah berwarna krim cair semuanya.Segala persiapan sudah hampir siap memandangkan majlis akan berlangsung tiga hari lagi.

''Bertuah benar kamu Jah..Dapat menantu anak orang kaya pula tu.''Mak Embok sudah dan Mak cik Kinah berbalas senyum.Siapa yang tidak kenal dengan ahli sidang bergerak di kampung ni.Suka sangat menjajah cerita orang.Surat khabar bergerak gitu.

Macam aku tak tahu yang ahli sidang inilah yang mencanang ke sini-sana pasal keluarga aku yang kononnya hanya menerima 'bakal menantu' anak orang-orang kaya saja.Padahal cerita sebenarnya bukan begitu.Mahu saja aku jeling mak cik berdua ni.Tapi mungkin belum apa-apa,abah pula yang hempuk aku dulu-dulu.Haiss!!

''Dah jodoh kak Embok,kak Kinah..Siapa-siapa yang jadi menantu Jah pun,Jah tak kisah sebenarnya.Janji bakal menantu Jah tu boleh memberi bimbingan dan terima diri Mai seadanya..Ini pun Jah dah bersyukur sangat..''Senyuman ibu masih begitu.Manis dah penuh dengan kelembutan.Nadanya juga bukan berupa sindiran.Itulah ibu.Seorang wanita yang lembut dan penyabar.Lagi-lagi dengan orang macam abah.Alamak!Kutuk bapa sendiri nampak.Huhu..

''Si Ira ni bila langsungnya?Belum ada calon lagi ke?''Amboi!Jodoh aku pun dia nak sibuk-sibuk juga.Ibu senyum sambil pandang wajah ku.Tahu ibu cuba pujuk aku dengan senyumannya.Lidah terasa keluh.Aku sudah tunduk tak terkata.'Maafkan Ira bu..'

''Mai ni pun Jah susah nak lepaskan.Ira apatah lagi.Budak lagi tu..Masak pun tak lulus lagi.Nanti dah kahwin nak bagi laki makan apa pula..''Semua yang ada di ruang tamu sudah tergelak sakan.Amboi..Kutuk nampak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience