Kisah 9

Horror & Thriller Series 1411

"Nenek Kebayan"

Di kampung arwah nenek aku iaitu ibu kepada ayahku terdapat sebuah hutan. Bukan hutan tebal tapi hutan kecil yang terdapat pokok dan semak samun. Pak cik saudaraku yang lebih muda daripada aku telah masuk ke hutan tersebut.

Aku tak pasti kenapa dia masuk ke dalam hutan itu cuma kebiasaan dia akan bermain berdekatan rumah nenek aku. Ketika itu datuk aku masih ada. Pak cik selalu berbual dengan datukku. Dia baru sekolah rendah ketika itu.

Masa didalam hutan itu dia cerita yang dia telah berjumpa seorang "nenek" yang tua. "Nenek" tersebut menegurnya. Disebabkan dia masih kanak-kanak dia langsung tidak takut dan kemudiannya keluar dari hutan tersebut seperti tiada apa yang berlaku.

Beberapa orang dewasa yang beranggap bahawa "nenek" tersebut mungkin penjaga hutan tersebut. Dan berkemungkinan bukan manusia kerana rumah nenek aku terletak dihujung dan belakang rumah nenek aku adalah sawah padi. Jiran yang ada ketika itu hanyalah Tok Ngah aku.

Kalau pak cik aku jumpa nenek jiran yang ada disekitar kampung mestilah dia kenal. Tetapi dia tak kenal pun "nenek" yang ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience