Kisah 5

Horror & Thriller Series 1411

"Seram Jalan Lama."

Hari sudah pun jauh malam. Aku dan sekeluarga sudah bersedia untuk masuk tidur. Tiba-tiba telefon ayah berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Segera ayah menjawab panggilan tersebut. "Ya Allah." kata ayah. Ayah menangis sedikit. Ayah memberitahu yang nenek telah nazak dikampung. Kami semua terkejut. Ayah menyuruh kami semua bersiap untuk balik ke kampung dengan segera.

Setelah selesai mengemaskan pakaian dan bersiap akhirnya kami bersedia untuk balik kampung. Seperti biasa ayah menggunakan jalan lama. Kami akan pulang ke kampung yang berada diutara. Memandangkan hari masih malam aku dan adik beradik tertidur didalam kereta. Ayah masih setia memandu kereta. Ayah mahu segera sampai ke kampung.

Beberapa jam berlalu dan ayah berhenti di stesen minyak yang berdekatan. Adik dan ibu aku hendak ke tandas. Aku masih tidur tetapi hanya tidur-tidur ayam. Ayah juga ke tandas. Keadaan stesen minyak agak menyeramkan sunyi dan gelap. Terdapat beberapa buah lori yang diparkir distesen minyak itu.

Ayah mengambil peluang untuk berehat sebentar kerana sedikit penat memandu tanpa henti. Tiba-tiba seekor kucing hitam dan seekor kucing putih berkejaran seperti sedang bergaduh. Kucing hitam tersebut panjat keatas kereta ayahku. Kucing tersebut agak garang.

Ibu menyuruh adik aku halau kucing tersebut kerana ayah hendak meneruskan perjalanan. Tetapi kucing tersebut masih lagi berada dibumbung kereta dan tidak mahu turun. Setelah beberapa ketika barulah kucing tersebut turun dan kami meneruskan perjalanan semula.

Ayah memandu dan terus memandu. Waktu ini aku terjaga sedikit kerana aku rasa macam tak sedap hati. Aku membaca ayat kursi dan ayat tiga kul bagi meredakan keresahan hati. Setelah itu aku pun terlelap semula.

Tiba-tiba kereta ayah terbabas ke bahu jalan dan memaksa ayah untuk brek secara mengejut. Kereta bergerak di jalan yang berbatu sebelum ayah membrek kenderaan. Kami yang berada didalam kereta agak panik dan terkejut. Ibu dan adikku memanggil ayahku kerana terkejut. Aku terjaga dan mulutku secara automatik menyebut "qul huwallahu ahad".

Alhamdulillah kami selamat dan tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Ayah memberitahu yang ayah agak mengantuk sampai terbabas. Ayah meneruskan perjalanan dan kami tiba dikampung pada waktu pagi sebelum subuh. Ketika itu nenek telah pun pergi mengadap illahi.

Pada hari tersebut diselubungi dengan rasa hiba dan sedih. Jiran serta ahli keluarga menziarahi nenek bagi memberi penghormatan terakhir. Waktu tengahari nenek dimandi dan dikafankan seterusnya dikebumikan di tanah perkuburan yang berdekatan.

Beberapa hari kemudian kami pulang ke Kuala Lumpur semula. Di sinilah ayah mula menceritakan perkara sebenar apa yang berlaku sebelum kereta kami terbabas pada malam itu. Menurut ayah dia melihat sehelai daun kering tegak diatas bonet depan kereta. Ayah agak terkejut kerana waktu itu tiada angin. Lalu ayah hanya membiarkan sahaja.

Sedang ayah memandu dia melihat suatu objek dilangit. Seperti bendera yang berkibar. Kata ayah bendera tu warna putih. Disebabkan itulah ayah terkejut dan terbabas dibahu jalan. Tetapi ayah kata mungkin itu memang bendera kerana dia tidak mahu takutkan kami yang masih kecil ketika itu. Tetapi bendera apa yang boleh terbang dilangit tanpa ada tali diwaktu malam?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience