Kisah 6

Horror & Thriller Series 1411

"Seram Rehat dan Rawat (RnR)"

- Mimpi 1 -

Kisah kali ni tak seram sebab ia cuma berlaku dalam mimpi. Tetapi mimpi itu aku ingat sampai sekarang.

Sebelum ini aku ada cerita yang ayah suka guna jalan lama untuk pulang ke kampung. Tetapi kali ini ayah mahu menggunakan highway. Kata ayah kalau guna jalan lama agak lambat, banyak trafik light dan mengguna petrol yang banyak. Jadi ayah memilih lebuhraya utara selatan untuk pulang ke kampung.

Tetapi kali ni aku tidak beberapa ingat sebab kami balik kampung. Kebiasaannya kami balik kampung untuk balik beraya, menghadiri majlis perkahwinan, kematian ahli keluarga dan perkara kecemasan. Kami biasa balik pada waktu malam kerana suasana tidak panas dan kenderaan juga tak banyak.

Ayah berhenti disebuah rnr untuk melelapkan mata. Seperti biasa ayah akan mematikan enjin kereta dan membuka tingkap sedikit. Aku tidur tetapi terjaga kerana panas dan mimpi buruk. Setelah beberapa minit ayah bangun untuk meneruskan perjalanan. Ayah tidak mahu sambung tidur lagi kerana dia mimpi orang kena bunuh. Aku tak sangka yang mimpi aku sama macam ayah.

Dalam mimpi aku terdapat seorang wanita yang dikepung beberapa orang lelaki. Wanita tersebut menangis. Beberapa orang lelaki tersebut ingin mengapa-apakan wanita tersebut. Mereka berniat jahat pada wanita itu. Hanya itu sahaja yang aku ingat.

Mimpi tersebut agak pelik bagi aku. Sampai sekarang aku tak faham maksud mimpi itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience