Kisah 4

Horror & Thriller Series 1411

"Masjid Misteri"

Kisah keempat ini mungkin tidak seram dan lebih kepada misteri.

Kisah ini terjadi masa aku masih kecil. Ia berlaku semasa aku sekeluarga dalam perjalanan balik ke kampung. Dulu ayah aku akan guna jalan lama bila nak balik kampung. Nak dijadikan cerita, suatu hari tu kami mencari masjid untuk singgah solat. Tapi aku tak ingat sama ada solat zohor atau asar. Cuma waktu tu masih siang.

Kebiasaannya dijalan lama kami jumpa banyak masjid. Tapi kali ni kami tidak bernasib baik pula. Ayah memandu mencari masjid yang berdekatan. Akhirnya, kami jumpa sebuah masjid. Masjid tersebut agak sunyi. Tiada orang pun kat masjid tu.

Tapi kami tidak fikir apa-apa memandangkan kami mahu solat. Setelah usai solat kami pun meneruskan perjalanan. Sebelum itu kakak sulongku sempat menoleh kebelakang untuk melihat masjid tersebut. Tetapi kakak aku dapati yang masjid itu telah tiada. Kami hanya meneruskan perjalanan dan selamat sampai dikampung.

Pada perjalanan balik kampung yang seterusnya iaitu pada tahun yang berikutnya kami masih lagi menggunakan jalan lama. Kami ada juga mencari masjid yang sama seperti sebelum ini untuk singgah solat. Tetapi sampai sekarang kami tak jumpa dengan masjid tersebut. Masjid tersebut kekal sebagai misteri sehingga kini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience