Kisah 8

Horror & Thriller Series 1411

"Seram Rehat dan Rawat (RnR)"

- Tong Sampah atas Bukit -

Kisah kali bukan mimpi tetapi bebetul terjadi. Perkara ini dialami oleh ibuku sendiri. Ketika itu waktu malam di rnr. Ayah dan juga aku adik beradik sedang nyenyak tidur didalam kereta. Ibu tak dapat tidur kerana menjaga adikku yang bernama Syah (bukan nama sebenar) yang masih bayi. Masa ni adik bongsu ku belum lahir lagi.

Disebabkan tidak boleh melelapkan mata ibu hanya melihat diluar tingkap kereta. Ibu melihat sekeliling kawasan rnr tersebut. Aku pun kurang pasti rnr yang mana. Cuma dia ada bukit. Bukan bukit yang tinggi. Diatas bukit itulah ibu melihat sesuatu yang berada dalam keadaan mengcangkung. Ibu terkejut dan segera mengalihkan pandangan.

Setelah beberapa minit ibu memberanikan diri untuk melihat bukit itu semula. Bukit itu kelihatan kosong tanpa ada sesuatu pun. Ibu menceritakan perkara ini kepada ayah dan ayah kata mungkin ibu tersalah pandang. Objek yang dilihat ibu mungkin tong sampah. Tetapi tong sampah apa yang warna putih dan boleh ghaib dengan sendiri?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience