Kisah 11

Horror & Thriller Series 1411

"Misteri Mimpi Realiti?"

Sebelum ini aku sudah bercerita mengenai mimpi seram aku. Tetapi mimpi kali ini berbeza sedikit kerana ianya terjadi dalam realiti hidup aku. Bagi aku mimpi ini agak misteri.

Dalam mimpi tersebut aku tengah beratur disebabkan hendak menggunakan tandas. Memang ingat bahagian ini sahaja. Masa tu ada dalam beberapa orang yang beratur. Sambil beratur aku perhatikan keadaan sekeliling. Tandas itu diantara dewan terbuka dan hutan, ada bukit sikit. Secara asasnya tandas tu ada ditengah-tengah. Masa tengah beratur tu aku adalah bersembang dengan seseorang tetapi aku tidak ingat siapa dan aku tidak pasti apa yang kami bualkan. Namun, secara tidak sengaja aku ternampak dekat bukit tu ada seorang nenek bongkok pakai serba putih. Nenek tersebut pakai tudung dan baju kurung putih. Aku tidak nampak muka nenek tersebut hanya nampak dari belakang sahaja. Nenek tu berdiri sahaja dibukit itu.

Nak dijadikan cerita selepas beberapa bulan aku pergi kem. Kem yang dianjurkan kolej aku dibawah suatu subjek. Segalanya seperti biasa sahaja sehinggalah aku sampai ditapak kem tersebut. Mula-mula aku tak perasan apa-apa. Tetapi kejadian yang berlaku dalam mimpi aku terjadi. Ketika itu kami baru sahaja sampai. Disebabkan lama didalam bas yang berhawa dingin aku terasa hendak menggunakan tandas. Semasa beratur hendak guna tandas itulah baru aku sedar. Kedudukan tandas, dewan terbuka yang merupakan dewan makan dan bukit. Semua sama seperti mimpi tu. Seumur hidup aku itu kali pertama aku jejakan kaki dekat sana. Tetapi macam mana aku boleh mimpi pasal ni? Serta merta aku rasa cuak. Aku ada pandang pada bukit tu tetapi aku bersyukur kerana aku tidak nampak nenek tu. Tetapi jujur masa tu aku takut betul. Sudahlah aku orang terakhir guna tandas. Tetapi syukurlah tiada apa pun yang berlaku. Cepat-cepat aku fikir yang itu cuma mainan tidur sahaja. Hal ini pun aku tidak ceritakan pada sesiapa. Aku pernah dengar kalau mimpi buruk jangan ceritakan pada orang.

Sepanjang dikem tiada apa yang pelik. Cumanya kami beberapa kali diingatkan untuk menjaga adab dan sebagainya. Biasalah apabila ditempat orang. Aku hanya positifkan diri dan tidak biarkan diri berfikir yang bukan-bukan. Aku hanya fikir datang sana untuk kem sahaja. Aku pun ada membaca surah 3 Qul dan Ayat Kursi sebelum tidur agar dilindungi. Bagi aku mungkin ini cuma mainan tidur atau mungkin juga cara untuk ingatkan aku agar berhati-hati dimana sahaja terutama sekali ditempat yang asing. Sekian.

Hi, sorry lama tak update. Harap suka dengan kisah ini. =)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience