BAB 6

Fantasy Completed 7465

‘’Mawar Biru…… kau adalah keindahan yang unik, penuh dengan kesempurnaan dan kekaguman.Dirimu tidak seperti yang lain… engkau bukan semula jadi. Engkau adalah gabungan bersama mawar Putih melalui teknik pengubahsuaian genetik. Kerana itu engkau berbeza. Engkau istimewa …… kepada mereka, kepada aku. Kepada jiwa yang mati.’’

Monolog Wak Saman sendirian di dalam hati tatkala merenung keindahan mawar Biru.

‘’Pertama dan terakhir.’’ Nekadnya di dalam hati.

Kerana itu wak saman begitu memberikan lebih perhatian kepada mawar Biru. Bukan kerana pilih kasih. Semuanya juga dilayan secukupnya. Baja, air dan juga nutrien yang sama untuk semua kuntuman.

Tetapi, bagi Wak Saman, mawar Biru begitu istimewa dalam hidupnya. Suatu masa dahulu sewaktu dia masih gagah, mawar Biru dijadikan alat untuk interpretasi akan cinta pertamanya terhadap seorang gadis desa Andaman. Mawar Biru menjadi lambang cinta pertamanya.

Cinta pandang pertama yang merubah dirinya seperti sekarang. Cintanya telah karam di lautan hati yang paling dalam. Khilafnya dia kerana lupa akan mawar Merah, Unggu, Hijau, Putih, Merah Muda dan Kuning menyebabkan cintanya lompong. Akhirnya mawar hitam datang bertandang memahat duka di dasar hati.

Kini segalanya telah disatukan di atas sederet para dihalaman rumahnya.

Cuma mawar Hitam sahaja yang dijarakkan satu pasu daripada mawar yang lain.

Baginya akan tiba masa dan ketikanya nanti mawar Hitam akan mengambil alih kedudukan semua mawar tersebut di hatinya. Bukan sengaja meminggir melainkan kerana Wak Seman arif benar akan sifatnya mawar Hitam yang menjadi simbol kepada kesedihan dan kematian.

Tiada guna berkasih sayang jika tiada kesetiaan. Itu tandanya hati telah hitam. Angin bertiup perlahan. Sehelai demi sehelai kelopak mawar Unggu gugur menyembah bumi. Hingga tiada lagi yang tersisa.

Matahari semakin galak memancar sinarnya tegak di ubun-ubun. Wak saman telah selesai menyiram dan membaja semua bunga mawarnya. Jika lupa disiram , kuntuman akan menjadi layu di panah cahaya matahari.

Wak Saman kemudian menapak pergi bersama harapan semua mawarnya hidup subur dan mekar dalam jagaanya yang semakin meniti hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience