BAB 3

Fantasy Completed 7465

Layanan wak saman terhadap si mawar Biru rupanya menimbulkan rasa cemburu kuntuman yang lain. Masing-masing mempersoalkan layanan wak saman terhadap mawar Biru. Membanding – bandingkan kelebihan diri masing-masing.

Hanya si mawar Hitam yang tidak bersuara. Diam di sudut paling hujung berselang satu pasu. Dianggap sombong oleh kuntuman yang lain.

‘’Kenapa engkau hanya berdiam wahai si mawar Hitam? Atau engkau bisu?’’ soal mawar Oren yang berada paling hampir dengan mawar Hitam.

‘’Aku….. malu. Tubuhku gelap dan suram. Manusia sering mengaitkan aku dengan kesedihan dan kematian. Kerana itu, tiada yang mahu mendekati , apatah lagi hendak berkawan denganku. ‘’ Luah mawar Hitam.

Riak wajahnya kelihatan sugul. Sedih barangkali mengenangkan nasib dirinya.

‘’Mengapa pula kau bertanya? Adakah engkau mahu berkawan denganku?’’. Soal mawar hitam pula.

‘’Aku mawar Oren…. si pemberi semangat kepada yang perlu. Lagi pula aku juga sering berbual dengan mawar Hijau yang selalu bercerita tentang keharmonian, keakraban dan kesejahteraan. Aku akan membantu engkau.’’ Jelas mawar Oren memujuk.

Mawar Hitam hanya menganguk. Sesekali dia tersenyum dengan layanan baik mawar Oren yang memberikan semangat serta kekuatan kepada dirinya.

Sudah menjadi tanggungjawab mawar Oren untuk membantu mereka yang lemah serta tiada motivasi diri untuk bangkit.

‘’Kalaulah aku secantik mawar Biru’’. Gumam mawar Hitam sendirian.

‘’Iya lah, Jika di beri pilihan aku juga mahu secantik dia.’’ Mawar Oren mengiyakan kata-kata mawar Hitam.

Baginya, mawar Hitam benar, semua kuntuman di taman itu mahu menjadi seperti mawar Biru. Walaupun mereka tinggal diatas para, deretan, saiz pasu dan menerima nutrien yang sama, mawar Biru tetap lebih menyerlah dan mencuri tumpuan lebah dan kelulut yang menyinggah.

Sang rerama juga gemar datang bertenggek menikmati manisan di kuntuman mawar Biru. Apatah lagi Wak Saman juga amat menyayangi mawar Biru yang mencambahkan lagi tunas cemburu mawar di deretan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience