BAB 4

Fantasy Completed 7465

Perbualan mereka berdua sedari tadi didengari oleh mawar Merah, Putih, Kuning, Unggu dan Merah Muda. Maka tercetus pula perbualan di antara mereka berlima.

‘Di halaman ini, di deretan ini aku lah yang paling cantik dan menawan. Ramai manusia yang tertarik dengan warna tubuhku dan seringkali aku menjadi pilihan sebagai hadiah oleh pasangan yang bercinta. Tubuhku juga berwajah seksi ‘’ Kata mawar Merah membangga diri seraya memekarkan kuntumnya.

Tercabar dengan pujian mawar Hitam terhadap mawar Biru.

‘’Ahh,,, jangan engkau perasan , bukan kau sahaja menjadi pilihan. Aku juga turut diminati. Warna tubuhku juga unik. Aku menjadi pilihan buat mereka yang mengutamakan persahabatan. Manusia memilih aku untuk menghargai sahabat.

Sahabat itu lebih ramai berbanding kekasih yang hanya seorang. Tidak seperti engkau mawar Merah yang hanya di diperlukan ketika manusia sedang asyik bercinta sahaja.’’Hujah mawar Kuning tidak mahu beralah. Kata –kata mawar Merah ternyata mencabar keegoanya.

‘’Engkau sudah lupa atau pura-pura lupa? Engkau juga penuh dengan sifat cemburu. Harus engkau ingat itu. ’’ Balas mawar Merah sinis.

Pandangan mereka bertaut seketika. Kemudiannya berpaling membelakangi sesama sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience