Completed
7465
‘’Aku tidak mahu berkata apa-apa. Setiap ciptaan punyai kelebihan. Sebagai makhluk yang dicipta Allah, kita harus menerima setiap ciptaan-Nya seadanya.’’ Kata mawar Putih lembut mempamerkan sikap dan perwatakannya yang suci dan berhati murni.
Mawar Merah dan Kuning saling berpandangan semula. Seakan bersatu membantah ungkapan mawar Putih.
‘’Sudahlah, kalian usah bertengkar lagi’’. Akhirnya mawar unggu bersuara. Sedari tadi dia hanya mendengar sahaja perbualan mereka bertiga. Mawar putih, merah dan kuning masing-masing memandang tepat kearah mawar Unggu. Menanti butir kata selanjutnya.
‘’Ada benarnya juga kata-kata mawar Putih itu. Lihatlah mawar Biru itu, saban waktu diberi lebih perhatian oleh Wak Saman berbanding kita semua. Kerana apa? Kerana kita suka berhasad dengki dan membangga diri. Padahal kita sepatutnya saling melengkapi. Manusia juga memerlukan kita di dalam diri mereka. Tetapi ramai yang tidak sedar. Mereka terlalu memilih dan akhirnya tersalah pilih.’’
Lantang mawar Ungu berhujah hinggakan semua kuntuman sederet itu mendegar jelas butir bicaranya.
‘’Tiada gunanya memilih jika Merah sahaja, kelak engkau akan lupakan sahabat, lupa erti setia yang akan melunturkan kesucian hati. berharmonilah seperti mawar Hijau. Lihatlah, kita sebenarnya saling memerlukan dan bukannya dipisahkan. Jika tidak, jiwa kita akan mati dan beginilah akhirnya kita. Bertelagah sesama sendiri yang merugikan diri sendiri juga.’’
Mereka bertiga mengangguk. Kata-kata mawar Unggu ada benarnya juga. Mereka tidak nafikan. Mawar Unggu terlebih dahulu menghuni para itu berbanding mereka yang lain.
Share this novel