BAB 2

Other Series 43251

Sejak pagi, aku kehilangan mood untuk melakukan sebarang perkara. Selera makan turut hilang tah kemana. Aku masih mencari apa sebenarnya yang masih lompong pada diri ini sehingga begini penangannya.

Malah, sejak dua minggu lalu, aku lebih gemar bersendirian di dalam bilik tidur dan termenung kosong. Jika boleh dikeluarkan otak ini, pasti saja dapat dilihat betapa serabutnya fikiran aku pada saat ini.

Tengah hari itu, aku tergerak untuk mencari sesuatu. Lantas, laptop Acer milikku kubuka. Membuka laman Google Engine dan seolah bergerak sendiri jari jemariku menaip carian 'cara bersolat'.

Aku semakin pening. Masakan tidak, sehingga usiaku 25 tahun, sekalipun aku belum pernah solat sendiri.

Jika ada pun ketika aku berada di sekolah dahulu ketika subjek Pendidikan Islam.

Itu pun aku hanya menjeling pergerakan rakan di sebelah. Bacaan langsung aku tidak tahu.

Telekung pun tidak pernah aku miliki. Saat ini, aku berperang dengan perasaanku sendiri. Sebak, marah, rindu, memberontak, segala emosi aku bercampur-baur. Aku terjelepuk ke lantai. Wajah ibu dan bapaku terlintas difikiran.

Bukan hendak berdendam dengan kedua orang tuaku sendiri, tetapi aku kelu. Aku mula terfikir mengapa aku perlu solat? Apa sebenarnya yang aku lalui sekarang ini? Mengapa mereka tidak pernah mengajarku solat dan mereka sendiri tidak pernah solat? Malah, aku turut disekolahkan di sekolah Jenis Kebangsaan sehingga ke Tingkatan 5.

Sehinggakan mereka berpisah dan hak penjagaan jatuh ke tangan ibu, aku langsung tidak pernah nampak mereka menjalankan tanggungjawab itu. Suasana bungkam.

Aku terperosok di bucu katil dan menangis sepuasnya. Jika aku hendak solat, siapa yang ingin mengajarku? dari mana aku patut bermula dan bagaimana aku selepas ini? Ternyata, aku semakin runsing dengan apa yang telah berlaku di dalam kehidupanku sejak akhir-akhir ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience