BAB 1

Other Series 43251

"Beb, jom lepak!," kedengaran suara Lina di hujung talian. Jujur, saat ini aku sudah berasa malas. Malas untuk bergaul dengan rakan-rakan yang aku anggap mereka segalanya bagiku selama ini. Kerana, kian hari aku rasakan hidupku semakin kosong bagai tiada hala tuju dan pengakhirannya.

"Sorry beb, aku tak sihatlah. Lain kali ya,". Belum sempat Lina membalas kata-kataku, talian aku putuskan. Lina, sahabat yang aku kenali saat sama-sama bergelumang dalam perasaan kecewa di satu tempat penuh derita.

Sejak itu, Lina kuanggap seolah kakak sendiri. Pergaulan sesama rakan berbeza jantina tidak pernah kami ambil peduli. Mencaci, mengata orang sana sini ibarat hiburan yang sudah menjadi halwa telinga kami.

Saat itu, aku bahagia.. Namun, aku lupa, sampai bila aku harus mencari kebahagiaan yang dicipta manusia. Kerna aku sering terlupa, ajal bisa menjemput bila-bila masa.

Aku rebahkan badan ke tilam. Kipas syiling yang laju itu aku tatap. Laju, selaju masa kehidupan aku berjalan. Namun kosongnya kian terasa. Entah mengapa, saat itu aku berasa amat rindu. Tidak pasti rindu pada siapa dan untuk apa. Sedang melayani perasaan, akhirnya aku terlelap.

********************

Kali ini aku bermimpi lagi. Mimpi yang sama. Berlari di dalam hutan tebal namun tiada jalan keluar. Aku gusar, apa yang perlu aku lakukan. Mimpi menyeramkan itu seolah-olah sudah biasa menemani tidur malamku. Namun, kali ini perasaannya terasa lain. Bajuku basah dengan peluh dan tubuhku terasa sejuk. Aku bimbang.

Bimbang mati bakal menjemput saat aku belum punya apa-apa. "Kira, kau kenapa? sejak akhir-akhir ni kau dah tak nak lepak ngan kami. Kau ada masalah ke?,".

Kehadiran Lina kerumahku seolah-olah menjadi satu beban bagiku saat begini. Aku akui, Lina kelihatannya berkecil hati denganku kerana sudah tiga kali perlawaannya aku tolak. Persoalan Lina menjadi persoalan yang sangat sukar untuk dijawab.

Kerana aku pun tidak tahu mengapa seolah-olah hatiku jengkel untuk bertemu mereka. Apa yang pasti, tika ini aku merasa muak dan sebal. Sehingga kini, aku berasa buntu.

"Aku ok. Cuma penat sikit,". Hambar saja jawapan yang aku berikan. Jujur, saat itu aku sendiri sudah tidak mengerti apa yang aku perlukan. Kosongnya kian terasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience