BAB 7

Other Series 43251

Pagi ini aku sedikit ceria tidak seperti minggu-minggu lalu. Seawal jam 8 pagi aku sudah tiba di syarikat Media gergasi kebanggaanku. Terasa rindu benar dengan nasi goreng telur mata yang menjadi kegemaranku sejak berkhidmat di sini. Jam telah menunjukkan jam 8.20, namun kelibat Amir yang biasanya berlalu sambil memegang helmet Apollo berona biru masih tidak kelihatan.

Hatiku mula gundah. Sambil membelek-belek e-mail pejabat yang sudah lama tidak berusik, sesekali leher kupanjangkan untuk meninjau ke pintu lif kalau-kalau terserempak kelibat Amir. Namun, pernantianku ternyata sia-sia. Amir tidak hadir ke pejabat pada hari ini dengan sebab yang aku tidak ketahui.

"Jangan-jangan Amir tak sihat," tekaku membuat andaian. Hariku berlalu dengan perlahan. Mood ceria yang menjemputku awal pagi ini lenyap menjelang petang.

Terasa begitu berat dan penat seluruh tubuh meski aku baru saja masuk berkerja setelah seminggu bercuti. Telefon berdering. Di skrin, terpapar nama Lina. Panggilan tidak kuangkat. Bimbang aku akan terjebak lagi dengan ajakan yang sia-sia. Panngilan yang tidak berjawab membawa kepada kiriman Whatsapp di telefonku.

"Beb, kau ok tak? lama sangat kau senyap. Nak aku datang temankan kau?," seen 8.17pm typing....

"Kenapa kau tak balas ni? kau sakit ke Kira? jangan buat aku risau...," seen 8.20 pm "Okla beb. kau rehat k. Ada apa-apa hal bagitau aku. Bye beb, take care," Lina seolah faham dengan gelodak jiwaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience