BAB 9

Other Series 43251

Empat tahun berlalu. Aku tidak lagi berjumpa Amir setelah kejadian itu. Entah apa khabarnya sekarang. Tambahan pula aku tidak lagi berkhidmat di syarikat media itu. Tidak pasti dari mana datangnya kekuatan, aku cekalkan hati untuk berhenti dengan niat ingin berhijrah. Kini, aku masih lagi seperti dahulu. Cuma Allah masih lagi memberiku peluang untuk memperbaiki diri. Aku semakin seronok ke kelas-kelas pengajian dan majlis-majlis ilmu.

Sehinggakan kujadikan Majlis Ta'alim di Masjid Setiawangsa pada setiap hari Jumaat sebagai rutin mingguanku.

Pada hari-hari biasa pula aku sibukkan diri dengan menulis novel dan mempelajari ilmu agama. Lina, sudah berumah tangga dengan lelaki pilihan hatinya. Semoga dia juga menerima Hidayah daripada Allah SAW. Sungguh, kuasa Allah tidak akan sesiapa dapat menghalangnya.

Malah telah tertulis di dalam Al-Quran, Man Jada WaJada yang bermaksud "Barangsiapa bersungguh pasti akan mendapatkan hasilnya". Selendang pemberian Amir masih berada didalam simpananku. Malah, sesekali masih aku pakai untuk kemana-mana majlis. Terasa sayang untuk dipakai sebagai tudung harian. Walaupun metarialnya hanyalah kain biasa, namun aku dapat merasakan terdapat sentimental value pada selendang itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience