BAB 10

Other Series 43252

"Assalamualaikum, Kira.," terdengar satu suara yang aku kenali menyapaku dari belakang ketika sedang membayar tiket parking di One Utama. Bagaikan tidak percaya, susuk tubuh yang aku kenali satu masa lalu berada di hadapanku.

"Waalaikumussalam. Ya saya, Amir..," terasa sebak tatkala melihat wajah lelaki ini. Amir masih seperti dahulu. Cuma kini dia sudah mempunyai kereta dan sedikit kemas berbanding masa dia menjadi runner boy di syarikat kami satu masa lalu.

"Emm, sorang je ke? mana isteri?," aku memberanikan diri bertanyakan soalan yang aku sendiri pasti akan terguris dengan jawapannya.

"Jom, saya belanja awak minum," kata Amir tanpa menjawab persoalanku tadi. Kelakuan Amir kelihatan aneh. "Jika sudah empat tahun berkahwin, pasti anaknya susah besar.

Tapi, dimana isteri dan anaknya? bersalahkah aku setuju menerima pelawaan Amir untuk minum bersama?," gumam mulutku sambil mengekori Amir dari belakang menuju ke Starbuck Coffee kegemaranku. Wajah lelaki itu aku tatap dalam-dalam. Benar, tidak patut aku berpelakuan begitu. Namun, benar aku mengakui rindu lelaki yang pernah aku benci satu ketika dulu. Rindu..

*******************

Pintu bilikku dikuak perlahan. Aku meletakkan kembali foto perkahwinan aku dan Amir. Razzaq dan Rahman mengampiri dan memelukku di birai katil.

Seolah mengerti dengan gelodak jiwa aku sekarang. Parut yang timbul di tangan kananku diusap-usap mereka.

Perihnya masih dalam terasa. Kini, anak kembar kami sudah berusia tiga tahun. Masih belum mengerti apa yang terjadi.

Saat kanak-kanak lain bisa merasai kasih sayang seorang bapa, namun aku akur dan redha dengan ketentuan Ilahi.

Amir, suamiku yang amat kucintai pergi meninggalkan kami bertiga saat kami benar-benar memerlukan kasih sayang dan perhatian seorang ketua keluarga. Kini, terkapai aku keseorangan memohon kekuatan daripada Allah untuk meneruskan kehidupan dan membesarkan amanah yang telah diberikan. "Amir, Kira rindu..akan Kira ingat segala pesanan Amir sehingga akhir hayat.. Tunggu Kira ya Amir..," bisikku dalam sendu hening malam. ***************************

Ternyata, Allah adalah sebaik-baik perancang. Sepanjang empat tahun kami terpisah, Allah sebenarnya sedang menguji hambaNya dengan hikmah yang terbesar.

Pertunangan Amir hanyalah menjadi asbab kepada penghijrahan aku dari 'dunia' lama dan terputusnya tali pertunangan mereka juga hanya sebagai asbab untuk kami bertemu semula. Perginya Amir saat aku masih goyah bukti Allah menyayangi hambaNya. Saat terjatuh, Allah mengirim segumpal kekuatan untuk aku berdiri semula.

Rasulullah s.a.w pernah memberitahu para sahabat yang diuji dengan dugaan; "Sekiranya kamu tahu apa yang Allah sediakan di akhirat nanti di sebalik kesusahan yang kamu tanggung di dunia ini, pasti kamu tidak akan meminta untuk dipulihkan daripada keadaan ini dan pasti kamu tidak akan meminta untuk hidup senang".

La Tahzan 11.39 pm 20 Feb 2007 Kirana Sofia

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience