BAB 8

Other Series 43251

Setelah tiga hari kelibat Amir tidak kelihatan di pejabat, akhirnya pagi ini hati aku kembali berbunga riang terlihat lelaki Office Boy kesayangan syarikat itu.

"Hai Kira. Lama tak nampak awak," sapa Amir sewaktu berlalu di hadapan stationku.

Walau berlagak selamba, namun sebenarnya hatiku cukup berdebar dengan tegurannya pada pagi itu.

"Eh hai Amir. Awak sihat?," kataku sambil menyelak rambut di daun telinga.

Jujur aku berasa segan dan tidak selesa berhadapan dengan Amir dalam keadaan begitu.

"Sihat Alhamdulillah.. nanti petang lepas habis waktu kerja awak free? jom saya belanja minum," pelawa Amir.

"Bagaikan terkena panah, pelawannya segera aku terima.

"Sah! aku dah syok kat mamat ni," bisikku dalam hati yang sedang berbunga riang.

*******************************

"Nah, untuk awak,". Buku bertajuk La Tahzan; Jangan Bersedih, Sesungguhnya Allah Ada Bersama Kita hasil terjemahan Noraine Abu diserahkan kepadaku.

"Sebenarnya saya ada perkara nak bagitau awak," kata Amir dengan nada serius.

"Saya bercuti lama sebab ada urusan hujung minggu lepas. Saya bertunang," sambungnya. Diam..

Aku bagaikan tersentak. Ingin saja air mata ini jatuh mengalir namun kugagahi. Segera, aku mengucapkan tahniah lantas meminta diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience