BAB 5

Other Completed 3811

“Kalau kamu tak nak pergi, itu hak kamu tapi kamu jangan nak tegah abah pergi. Abah seorang sasterawan. Seorang sasterawan berjiwa rakyat perlu sentiasa berada di sebelah rakyat. Bukan di sebelah pemimpin kerajaan yang korup, gila kuasa, diktator dan menindas rakyat itu.”

Sasterawan Rahmat Hamid sudah mula naik berang dengan sikap anaknya yang tidak memahami perjuangan yang dilakukannya sekarang.

“Abah seorang sasterawan kan? kenapa abah tak gunakan kedudukan abah sebagai seorang sasterawan untuk mengharmonikan negara ini? Kenapa abah mesti ambil jalan yang bahaya dan boleh memusnahkan negara macam ni?”

“Apa maksud kamu yang abah mesti menggunakan kedudukan abah untuk mengharmonikan negara ini? Bukankah apa yang abah buat ni semata mata untuk mengharmonikan negara ni? Menjadikan negara ini lebih berdemokrasi? Mengembalikan kuasa kepada rakyat. Menghapuskan pemimpin pemimpin yang zalim dan kejam.”

“Apa yang abah buat ini betul tapi cara abah yang salah. Abah tak boleh buat macam ni. Abah sepatutnya menggunakan kedudukan abah sebagai sasterawan untuk menyatupadukan orang Islam dan Melayu. Abah kena gunakan kedudukan abah untuk mendamaikan parti pembangkang dan parti kerajaan. Kenapa mesti gunakan jalan raya untuk selesaikan masalah? Kenapa tak gunakan saluran perbincangan yang ada?”

“Kenapa kita mesti berunding dengan kerajaan yang macam tu? Buang masa saja. Mereka tak akan pernah dengar cakap kita. Mereka bertindak sesuka hati mereka. Tak ada cara lain lagi untuk menyelesaikan masalah ini melainkan dengan turun dan berhimpun di jalan raya.”

“Abah, abah tahu tak apa yang abah buat ni salah? Abah bukan mengharmonikan negara tetapi abah makin menghancurkan negara. Saya tak kata salah nak sokong parti pembangkang, tapi sokongan yang abah beri ni terlalu membabi buta. Abah sepatutnya mengambil sikap non partisan dalam hal ini. Abah tak boleh sebelah mana mana pihak.”

“Siapa kata tak boleh? Ini negara demokrasi. Kita berhak nak sokong siapa yang kita suka. Orang yang mengambil sikap non partisan adalah orang yang tak ada prinsip!”

“Macam yang saya cakap tadi, tak salah abah nak sokong parti pembangkang tapi cara abah tu tak betul. Abah hanya nampak keburukan parti kerajaan tapi abah tak nampak keburukan parti pembangkang. Parti pembangkang pun banyak juga buat silap contohnya menggunakan Islam untuk tujuan politik, mengkafir kafirkan orang, membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada yang bukan Islam dan banyak lagi.

Ada juga mahu tegakkan dasar ‘Malaysian Malaysia’ – menyamaratakan semua kaum, menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan sebagainya. Abah kena tegur perkara macam tu tapi abah tak buat. Abah hanya nampak silap parti kerajaan tapi silap parti pembangkang abah buat buat tak nampak.”

Sasterawan Rahmat Hamid hanya diam. Sedikit sebanyak apa yang dikata oleh Husaini itu banyak betulnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience