BAB 6

Other Completed 3811

“Sebab tu saya larang abah untuk sokong mana mana parti politik. Sebab tu saya ambil sikap non partisan. Tak sebelah mana mana pihak. Siapa kata orang yang non partisan orang yang tak ada prinsip? Rasulullah pun non partisan juga. Adakah Rasulullah pun orang yang tidak berprinsip?” Sambung Husaini apabila bapanya hanya mendiamkan diri.

“Habis, macam mana kita nak ubah semua ni? Takkan kita nak biar pemimpin pemimpin macam kerajaan sekarang ni terus bermaharajalela dalam merompak wang rakyat sesuka hati mereka?” Soal Sasterawan Rahmat Hamid yang masih tidak berpuas hati.

“Abah kan sasterawan. Kenapa abah tak guna bakat menulis yang ada pada abah untuk membetulkan semua kesilapan dan kebobrokan ini? Bukankah pena itu lebih tajam dari mata pedang? Abah tulislah buku ke, novel ke atau cerpen ke untuk tegur sikap pemerintah kerajaan sekarang.

Bukan itu sahaja, abah juga perlu tegur kesilapan pemimpin pembangkang sama. Jangan berat sebelah. Mereka juga manusia biasa dan sudah pasti mereka pun buat silap juga. Beri peringatan kepada mereka agar tak ikut cara yang dibuat oleh pemerintah sekarang.” Jawab Husaini.

Sukar sebenarnya Sasterawan Rahmat Hamid untuk menolak kebenaran yang terkandung dalam kata kata anaknya itu. Anaknya seorang mahasiswa. Dari universiti yang terkenal pula. Sudah pasti pemikiran anaknya sudah terdedah dan terbuka kepada banyak perkara. Namun begitu, sikap ego yang sudah sedia ada menghiasi sanubarinya sukar untuk dihakis begitu sahaja.

Pada hematnya, tidak ada cara lain lagi bagi memuaskan hatinya yang sudah sedia sakit bertahun tahun lamanya. Mahu atau tidak, dia perlu memastikan kerajaan yang ada sekarang tumbang dan menaikkan pihak pembangkang sebagai kerajaan. Dia sudah berazam dan bersumpah begitu dan dia tidak akan sesekali melanggar sumpahnya.

Setelah meneguk air teh O di dalam cawan itu, dia lantas bangun untuk bergerak ke muka pintu.

“Abah nak pergi mana?” Soal Husaini lagi yang sedang menyuap nasi goreng yang dibuat oleh ibunya pagi tadi ke dalam mulutnya.

“Nak pergi berhimpunlah.” Jawab Sasterawan Rahmat Hamid dan terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Dia tahu jika dia teragak agak, sudah pasti anaknya akan memujuknya untuk tidak menyertai perhimpunan itu.

Husaini sekadar memandang sahaja langkah bapanya yang sedang meninggalkan dirinya. Dia sekadar menggeleng gelengkan kepala. Dia tahu bukan mudah mahu mematahkan semangat abahnya itu.

Dendam kesumatnya terhadap kerajaan atas isu royalti bukunya dan beberapa isu lagi menyebabkan abahnya tidak mudah untuk berkompromi dengan kerajaan yang memerintah sekarang.

Abahnya berusaha untuk meruntuhkan kerajaan yang ada sekarang dan rela ditahan oleh Polis Cawangan Khas kerana menganjur dan menyertai perhimpunan itu.

Sasterawan Rahmat Hamid dan pemuda itu terus berlari sedangkan beberapa orang yang ada di situ ada yang sedang bertempur dengan FRU. Tidak kurang juga ada yang tercedera. Keadaan di tempat itu umpama sebuah negara yang sedang berperang – padang jarak padang terkukur!

Ketika Sasterawan Rahmat Hamid dan pemuda itu sedang berlari lari anak untuk keluar dari kawasan itu, mereka ditahan oleh pihak polis.

“Pak Rahmat, kamu ditahan. Sila ikut kami ke balai.” Ujar polis itu sambil menunjukkan kad kuasanya.Sasterawan Rahmat Hamid dan pemuda itu telah ditahan dan dibawa ke dalam kereta polis. Namun, itu tidak memadamkan dendam kesumat dan api kemarahannya kepada kerajaan sekarang malahan menyemarakkan lagi api kemarahan itu….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience