BAB 1

Other Completed 3811

Ratusan malah ribuan manusia berjalan membelah jalan raya untuk menuju ke Dataran Merdeka. Cuaca panas terik dan keadaan yang sesak lagi sempit itu tidak dihiraukan oleh mereka.

Peluh merecik di seluruh tubuh badan seolah olah mereka baru sahaja keluar dari sebuah kolam yang dipenuhi dengan air keringat! Mereka masih berjalan bahkan ada yang berlari merempuh sekatan polis yang seumpama sebuah dinding berbaju hitam dengan memegang belantan dan perisai.

Semangat juang mereka masih tebal. Mereka langsung tidak menghiraukan keselamatan diri dan keluarga mereka. Mereka juga tidak menghiraukan keselamatan orang lain. Mereka juga tidak menghiraukan kesan kesan buruk akibat daripada perbuatan mereka.

Apa yang pasti mereka mahu menunjukkan kepada kerajaan yang memerintah sekarang ini ketidakpuashatian mereka. Mereka tega menempuh onak dan duri demi kepuasan hati mereka dan pemimpin mereka.

Sasterawan Rahmat Hamid yang berusia dalam lingkuan 80an masih gagah bersama kumpulan yang terdiri dari pelbagai jantina dan kaum itu meredah lautan manusia dengan tujuan yang sama. Melahirkan rasa ketidakpuashatiannya kepada kerajaan dengan mengadakan tunjuk perasaan dan berarak di jalan raya.

Sebenarnya kerajaan telah memberikan mereka sebuah stadium untuk mereka berhimpun namun mereka menolak atas sikap ego yang terlalu menggunung dalam diri.

Sasterawan Rahmat Hamid dan para pemimpin parti pembangkang lain bersama pengikut pengikut mereka terus mara dan mara ke hadapan untuk menunjukkan kepada kerajaan bahawa mereka sangat berkuasa. Kuasa mereka adalah kuasa rakyat.

Mereka tidak takut dengan polis. Mereka tidak gentar dengan meriam air. Mereka tidak lesu dengan ISA sementelahan akta itu telah dihapuskan. Mereka tidak takut dengan ancaman lokap dan penjara. Apa yang penting adalah ketidakpuashatian mereka perlu ditunjukkan kepada kerajaan yang memerintah sekarang.

Sasterawan Rahmat Hamid – seorang sasterawan, wartawan dan penulis terkenal di Malaysia. Novelnya banyak yang diiktiraf di persada antarabangsa. Banyak juga novelnya yang diterjemah dalam pelbagai bahasa.

Menguasai semua genre sastera – novel, cerpen, sajak, skrip drama dan kritikan/esei. Mendapat gelaran ‘Datuk’ dan ‘Sasterawan Negara’ atas sumbangannya kepada negara dalam bidang Bahasa dan Kesusasteraan Melayu.

Namanya dijulang megah bukan sahaja di dalam malahan di luar negara juga. Semua rakyat kenal akan dia. Seseorang sasterawan berjiwa rakyat. Sasterawan dan penulis yang mengangkat golongan bawahan yang tertindas dalam setiap karya karyanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience