BAB 3

Other Completed 3811

Tiba tiba keadaan yang tenang bertukar menjadi kecoh dan huru hara. Kelihatan beberapa orang peserta perhimpunan itu berpatah balik dan berlari lintang pukang. Suasana sudah mula menjadi kelam kabut. Wanita wanita yang turut berada dalam perhimpunan itu sudah mula panik dan menjerit melihat suasana yang bertukar kecoh secara tiba tiba itu.

Sasterawan Rahmat Hamid mendapatkan seorang anak muda yang berlari lari anak dan berpatah balik ke belakang.

“Kenapa kecoh kecoh kat depan tu?” Soal Sasterawan Rahmat Hamid.

“Polis baling gas pemedih mata dan tembak meriam air kat kita. Lebih baik Pak Rahmat lari cepat. Silap silap kena ketuk dengan polis.” Jawab pemuda itu dan lari semula meninggalkan tempat itu.

Peserta perhimpunan yang tadinya berada dalam satu kumpulan berpecah dan terus berlari dan berpatah balik ke belakang. Keadaan sungguh huru hara pada waktu itu. Asap putih berada di mana mana. Kelihatan beberapa orang FRU sedang memukul beberapa orang peserta perhimpunan itu.

Sasterawan Rahmat Hamid sendiri mula berasa takut. Dia sudah tua dan tidak kuat lari pula. Jika diketuk oleh FRU itu dengan belantan, silap silap haribulan tiga bulan dia koma di hospital.

“Pak Rahmat, lari cepat! FRU dah menggila sekarang.” Ujar seorang pemuda kepada Sasterawan Rahmat Hamid dengan suara yang tinggi kerana suasana terlalu bising dan kecoh..

“Mana Ketua Pembangkang?” Soal Sasterawan Rahmat Hamid.

“Dia dah balik bersama isterinya. Dia kata kaki dia sakit.” Jawab pemuda itu.

“Habis siapa yang tinggal?” Soal Sasterawan Rahmat Hamid.

“ Yang tinggal hanya Tuan Presiden dan Tuan Pengerusi. Tuan Penasihat tak tahu hilang ke mana. Cepatlah Pak Rahmat. Bahaya kat sini.” Ujar pemuda itu lalu menarik Sasterawan Rahmat Hamid untuk mengikutinya.

Sasterawan Rahmat Hamid berlari mengikuti pemuda itu namun usianya sudah lanjut. Justeru itu, dia sudah tidak kuat berlari. Tenaga sudah tidak banyak. Untung sahaja ada pemuda itu yang sudi membantunya. Jika tidak, sudah tentu kepalanya akan menjamah belantan polis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience