BAB 4

Other Completed 3811

Ketika sedang berlari dalam suasana yang bising, hiruk pikuk dan serba kecoh itu, Sasterawan Rahmat Hamid teringat akan perbualannya bersama anak sulungnya – Husaini ketika dia mahu keluar dari rumah untuk berhimpun pagi tadi.

“Abah nak pergi mana ni?” Soal Husaini apabila melihat bapanya sedang bersiap siap berbaju T berwarna hijau ketika dia mahu duduk di meja makan itu untuk bersarapan pagi. Husaini baru sahaja pulang dari United Kingdom setelah menamatkan pembelajarannya di peringkat ijazah dalam bidang Sains Politik.

“Abah nak pergi perhimpunan CUCI itu. Abah nak bagi sokongan kepada parti pembangkang. Abah nak menuntut pilihan raya yang bersih dan adil dari kerajaan sekarang ni.” Jawab Sasterawan Rahmat Hamid dengan penuh semangat. “Kamu nak ikut sekali?” soalnya kepada Husaini.

“Tak apalah abah. Saya tak nak kena ketuk dengan polis tak tentu pasal kat situ. Abah pun tak payah pergilah. Bahaya!” Ujar Husaini.

“Apa yang kita nak takutkan dengan kerajaan yang banyak rasuah tu? Kita hanya minta hak kita. Itu saja. Yang nak jadi penakut ni pasal apa?” Ujar Sasterawan Rahmat Hamid dengan nada suara yang agak keras. Dia agak kecewa dengan sikap anaknya yang tidak mahu pergi ‘berjuang’ di atas jalan raya malahan turut melarangnya pergi.

“Saya bukan apa abah. Abah dah tua. Kalau abah jatuh ke, apa ke tak ke semua orang susah. Abah tak payah pergilah.”

Husaini cuba memujuk bapanya agar tidak pergi ke perhimpunan itu. Dia khuatir akan keselamatan bapanya. Bapanya sudah tua walaupun dia kelihatan masih sihat. Dia tidak mahu sesuatu perkara buruk berlaku kepada bapanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience