BAB 2

Other Completed 3811

Dia juga tiada duanya.

Oleh kerana sumbangannya yang besar dalam bidang sastera, dia menerima anugerah pelbagai anugerah. Serta merta dia menjadi satu ikon. Dia juga satu institusi sastera. Semua orang kagum pada dirinya. Dia disayangi dan pada masa yang sama juga dia dihormati.

Tetapi, itu semua tidak mampu memadamkan kemarahannya kepada pihak pemerintah. Dia marah kepada kerajaan kerana gagal menguruskan royalti buku bukunya. Dia juga marah kerana karya karya tidak diterima atas pelbagai alasan yang yang tidak munasabah walaupun dia seorang Sasterawan Negara.

Sedikit demi sedikit perasaan marah itu menjadi dendam kesumat dalam sanubarinya. Dia sudah mula benci dengan kerajaan. Dia menganggap kerajaan yang memerintah sekarang sebagai kerajaan yang korup, gila kuasa, gila pangkat dan gila harta.

Justeru iru, dia bersama dengan pemimpin pembangkang dan penyokong penyokong mereka berusaha untuk menggulingkan kerajaan.

Dia menganggap kerajaan yang ada sekarang berjaya memerintah negara dengan cara menipu dalam pilihanraya. Oleh itu, dia bersama sama dengan Rajeswari - seorang peguam terkenal menubuhkan CUCI – sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang disokong penuh oleh parti pembangkang mendesak pilihanraya yang bersih dan adil. Antara aktiviti yang dianjur oleh CUCI ini adalah berarak di jalan raya bersama dengan pemimpin pembangkang, rakyat bawahan dan golongan mahasiswa.

Dia sedar bahawa dia menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu bukan sahaja ingin menuntut pilihanraya yang bersih dan adil malahan untuk meluahkan rasa sakit hatinya kepada kerajaan dan caranya adalah menyokong pembangkang dan menjatuhkan kerajaan yang memerintah sekarang.

Bukan itu sahaja, dia juga menyokong gagasan Rajeswari untuk mengadakan ‘Kebebasan Seks’ di dalam negara ini.

“Pak Rahmat okey ke? Larat lagi ke nak jalan?” Soal seorang anak muda dalam lingkuang 20an kepada Sasterawan Rahmat Hamid.

“Boleh. Bapak masih kuat lagi. Tak perlulah kamu risau.” Jawab Sasterawan Rahmat Hamid lalu menghadiahkan sebuah senyuman kepada anak muda yang prihatin terhadap dirinya itu.

Sasterawan Rahmat Hamid meneruskan perjalanannya bersama dengan ratusan malah ribuan manusia yang membanjiri jalan raya itu. Cuaca panas dan keadaan sesak langsung tidak dihiraukannya.

Itu adalah satu motivasi buat dirinya terus meredah jalan raya tanpa rasa takut dan gentar. Cuaca panas dan keadaan sesak itu langsung tidak memberi kudis kepada dirinya dan orang orang yang turut berhimpun pada hari itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience